Label

Khamis, 14 September 2017

Tokoh Negara



                                                           
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj


Laungan Merdeka oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebanyak 7 kali pada tanggal 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka pasti tidak dapat dilupakan dalam lipatan sejarah Malaysia. Laungan keramat itu menjadi tanda perjuangan negara dalam menuntut kemerdekaan setelah dijajah hampir 446 tahun oleh kuasa asing(Portugis, Belanda, dan juga British). Itulah menjadi tanda bahawa Malaysia sebuah negara merdeka yang berdaulat.


Putera kepada Sultan Hamid Halim Shah dan Che Manjalara yang dilahirkan pada 8 Februari 1903 merupakan seorang yang peramah dan mudah mesra. Tidak pernah terlintas oleh ayahandanya yang pada suatu hari nanti, putera mereka akan menjadi pemimpin yang dikenali ramai dan insan terpenting dalam lipatan sejarah Malaysia. Meskipun berasal dari kalangan keluarga Diraja, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj lebih selesa merendah diri dan mesra dengan panggilan Awang di kalangan rakan-rakan dan orang kampung yang mengenali beliau.

Ciri-ciri kepimpinan dan ketokohan dalam diri Tunku terserlah ketika beliau masih remaja lagi apabila beliau dengan tegas memprotes dasar pilihan warna kulit sebagai syarat dalam pengambilan pelajar yang diamalkan oleh St. Catherine College, Universiti Cambridge sehingga beliau diterima masuk ke kolej berkenaan dan dasar yang selama ini menjadi penghalang kepada pemohon kulit bewarna dari Asia dan Afrika tidak lagi diamalkan. Keadaan ini memperlihatkan kematangan Tunku yang pada ketika itu baru sahaja berusia 16 tahun.
                                               Pemimpin Berjiwa Rakyat
                                                   
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj mulai berjinak-jinak dalam bidang politik atas rasa keinsafan dan kesedaran untuk memikul tanggungjawab membimbing sambil menyatukan bangsa Melayu dari belengu penjajahan British. Pada tahun 1951, Tunku telah dilantik untuk mengambil alih tampuk kepimpinan UMNO daripada Dato' Onn yang mengundur diri pada Mesyuarat Agung Tahunan UMNO pada tahun tersebut. Tunku menjalankan rundingan diplomatik dengan pihak British sehingga berjaya menarik pemimpin-peminpin kaum Cina dan India untuk membentuk kerajaan gabungan pelbagai kaum dengan Parti Perikatan.

Dalam memastikan kejayaan rundingan, Tunku telah berusaha mendapatkan sokongan semua pemimpin kaum bukan Melayu di negara ini dan mengundang mereka bersatu, menyertai rombongan rundingan kemerdekaan Tanah ke London. Tunku bukan sahaja telah berjaya menyatupadukan penduduk Tanah Melayu(Kaum Melayu, Cina dan India) malah menyediakan asas kepada keharmonian negara. Perpaduan inilah yang menjadi asas dalam membebaskan Tanah Melayu daripada cengkaman penjajah dan menjadi tunjang persetujuan British untuk memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu.

Antara langkah penting yang menunjukkan kematangan Tunku dalam menjalankan rundingan secara diplomasi, Tunku telah berjaya menganjurkan Rundingan Baling antara Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan Parti Komunis Malaya(PKM) pada 28 dan 29 Disember 1955. Rundingan ini bertujuan untuk melumpuhkan kuasa komunis di Tanah Melayu dan menuntut mereka menyerah diri tanpa syarat, malah membuka mata British bahawa sudah tiba masanya anak Melayu mentadbir tanah air sendiri. Walaupun rundingan ini berakhir dengan tanpa kata sepakat kedua-dua pihak, namun sedikit sebanyak ia mempengaruhi pihak British untuk memberi perhatian terhadap tuntutan yang dibentangkan oleh delegasi Kemerdekaan Tanah Melayu.

Ahli rombongan Rundingan Kemerdekaan yang mewakili Parti Perikatan terdiri daripada Tunku, Tun Abdul Razak, H.S Lee dan T.H Tan, Tan Cheng Lock, V.T Sambanthan dan E.E.C Thuraisingham. Di samping itu, Tunku turut berjaya menarik penyertaan wakil Raja Melayu walaupun pada mulanya Raja-Raja Melayu tidak yakin dengan kebolehan Tunku untuk mendirikan kerajaan sendiri. Wakil Raja-Raja terdiri daripada Dato' Abdul Wahab Abdul Aziz(Dato' Panglima Bukit Gantang-Menteri Besar Perak), Abdul Aziz Abdul Majid(Menteri Besar Selangor), Dato' Wan Idris Wan Ibrahim(Timbalan Menteri Besar Johor) dan Dato' Nik Ahmad Kamil(bekas Menteri Besar Kelantan).

Pada tanggal 2 Januari 1956, rombongan telah berlepas ke Karachi dengan menaiki kapal Ital'Asia' dan kemudiannya dengan kapal terbang ke London. Keputusan menaiki kapal sehingga ke Karachi sebenarnya untuk memberi masa dan peluang kepada semua ahli rombongan berbincang dengan lebih terperinci mengenai kemerdekaan yang dituntut sambil mengenal pasti strategi yang perlu diambil serta peranan yang perlu dimainkan oleh setiap anggota delegasi agar matlamat yang dirancang tidak terlepas dari genggaman.

Latar belakang Tunku yang hidup di kalangan orang barat khususnya semasa melanjutkan pelajaran di United Kingdom telah membolehkan beliau mengenali dengan lebih dekat budaya dan gaya hidup Inggeris. Ini memberi kelebihan "soft power" bagi membuktikan keberkesanan politik kepada kemahiran diplomasi dan rundingan serta memahani aspek permainan psikologi pihak penjajah semasa proses rundingan dijalankan.

Setelah mencapai kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj berjaya menyusun pentadbiran yang stabil dengan menarik penyertaan pelbagai kaum dengan kabinet Kerajaan Persekutuan. Pentadbiran Tunku diperkuatkan lagi oleh tiga tokoh politik terkemuka tanah air iaitu Tun Abdul Razak selaku Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr. Ismail selaku Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Tan Siew Sien sebagai Menteri Kewangan. 

Pada 6 Jun 1960, Tunku telah dikurniakan Doktor Kehormat Undang-Undang oleh University Cambridge, Universiti Malaya, University of Sydney, University of Areneta Filipina, University Saigon tahun 1961. Aligarh Muslim University di India tahun 1962 dan Seoul National University tahun 1965. Dalam tahun 1961, Tunku merupakan salah seorang pengasas Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara(ASEAN) yang telah ditubuhkan secara rasmi pada 1961. Pada November 1961, Tunku telah melawat London dan berbincang dengan British tentang penubuhan Malaysia. Sebuah suruhanjaya khas iaitu Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan untuk membuat pungutan suara bagi penduduk Borneo Utara(Sabah & Sawarak). Penduduk Sabah & Sarawak menyokong usaha tersebut kerana inilah merupakan peluang terbaik untuk mereka menikmati kemerdekaan sepertimana yang dikecapi oleh saudara mereka di Semenjung. Usaha penubuhan Malaysia ini direalisasi pada 16 September 1963 yang turut meliputi Singapura.

Perubahan suasana politik di negara baharu ini mulai dicemari oleh sentimen perkauman  apabila pemimpin Parti Tindakan Rakyat(PAP) Singapura, Lee Kuan Yew dengan angkuhnya cuba memperolok-olakkan kedudukan orang Melayu sebagai pemimpin dan penduduk majoriti negara ini. Untuk mengelakkan pergeseran yang membawa kepada kemusnahan negara dan pertumpahan darah, Tunku telah 'membebaskan'. Singapura daripada gagasan Malaysia yang ketika itu baru berusia dua tahun. Tindakan tersebut dilihat sebagai langkah diplomatik yang bijak kerana sebarang tindakan terburu-buru boleh mengancam keselamatan negara kita yang baru sahaja ingin menikmati kemerdekaan. 

Tunku mengilhamkan banyak pembaharuan dan memperkenalkan pelbagai aktiviti yang menjulang nama Malaysia di persada antarabangsa khususnya negara-negara Islam. Beliau memperkenalkan Musabaqah Membaca Al-Quran peringkat Kebangsaan dan antarabangsa, menjadi tuan rumah Persidangan Negara-Negara Islam (OIC) pertama yang diadakan pada tahun 1969.

Tunku menubuhkan PERKIM pada tahun 1970 untuk membantu orang-orang Cina yang baru menganut agama Islam dan menjadi Presiden yang pertama. Dibawah pentadbirannya, Tunku telah melaksanakan beberapa projek besar di Kuala Lumpur seperti Masjid Negara, Stadium Negara, Tugu Kebangsaan dan Bangunan Parlimen.

Bidang sukan pula, Tunku telah memperkenalkan pertandingan bola sepak Piala Merdeka 1957 dan menjadi Presiden FAM yang pertama. Tunku turut mengasaskan Kementerian Belia dan Sukan yang bertanggungjawab terhadap pembangunan golongan belia melalui pelbagai aktiviti sukan di negara ini. Sumbangan Tunku ini mendapat pengiktirafan Akademi Sukan Amerika Syarikat pada tahun 1987.

Selepas bersara daripada jawatan Perdana Menteri pada 21 September 1970, Tunku menjadi Setiausaha Agung Sekretariat Islam di Jeddah. Tunku meninggal dunia pada 6 Disember 1990 dan dimakamkan di Makam Di Raja Langgar, Alor Setar.






Isnin, 11 September 2017

Bab 14:Bentuk Komunikasi Di Khalayak

BENTUK-BENTUK KOMUNIKASI DI KHALAYAK
  • Pidato/Syarahan
  • Perbahasan
  • Forum
  • Ucapan
  • Temuramah
  •  Pengacaraan majlis
  •  Taklimat
  • Pengendalian mesyuarat
  • Ulasan dan komentar
PIDATO/SYARAHAN
  • Pengucapan yang disampaikan secara individu kepada khalayak untuk menjelaskan dan menghuraikan sesuatu topik.
  • Mempengaruhi para pendengar supaya bersetuju dengan apa yang disampaikan.
ASPEK-ASPEK PENTING DALAM PENYAMPAIANSYARAHAN YANG BERKESAN

1)Kelancaran
  • berkeyakinan tinggi terhadap diri dan pengetahuan yang sedia ada. 
  • Elak menggunakan wacana seperti ‘eh’, ‘em’ atau ‘ya’. 
  • Sampaikan syarahan mengikut tempoh sederhana, elakkan terlalu laju atau perlahan.
 2) Nada dan Intonasi  
  • Suara sedap didengar dan menarik. 
  •  Nada dan intonasi haruslah dipelbagaikan dan dikawal untuk tujuan yang tertentu.
  • Nada tinggi dan bersemangat : apabila hendak menarik minat atau perhatian 
  • Nada perlahan : apabila hendak merayu dan meminta simpati 
  • Nada sederhana tetapi mesra : apabila memujuk 
  • Nada propaganda : apabila hendak mempengaruhi pendengar 
  • Nada tinggi dan lantang : apabila hendak membakar emosi pendengar.

 3)Kecekapan Berbahasa

Syarahan yang berkesan disampaikan dengan menggunakan bahasa yang tepat dan indah. Ciri-ciri penggunaan bahasa yang baik:

  • Pemilihan perkataan yang tepat dan menggunakan bahasa yang gramatis. 
  •  Aras bahasa bersesuaian dengan audien. 
  • Unsur-unsur keindahan bahasa diselitkan ke dalam syarahan untuk menarik minat audien. Contohnya pantun, bahasa kiasan, peribahasa dan juga perumpamaan. 
  • Penggunaan ayat yang mampu mempengaruhi emosi dan menarik minat. 
  • Penggunaan laras yang sesuai dengan tajuk dan audien. 
  • Penggunaan bahasa yang bertatasusila dan beradab.
4)Gaya Penyampaian
  •  Gerak tangan, mata dan badan hendaklah diselaraskan untuk menekankan fakta. 
  •  Jangan kaku atau beraksi berlebihan. 
  • Mimik muka ikut penekanan suara iaitu senyum apabila gembira, sedih apabila gundah, marah apabila emosi tinggi. 
  • Pandang tepat ke arah audiens untuk mewujudkan ‘eye contact’ yang sesuai. 
  • Selitkan unsur humor dalam penyampaian dan jangan tunjukkan wajah yang terlalu serius. 
  • Pakaian kemas dan sesuai dengan majlis.
PERBAHASAN

Syarat-syarat perbahasan:

  •  Setiap pasukan terdiri daripada 3 org peserta utama (seorang ketua & 2 orang pembantu) & seorang simpanan. 
  •  Peserta pertama diberikan masa selama 7 minit. 
  • Peserta kedua dan ketiga diberikan masa selama 6 minit. 
  • Penggulung diberikan masa selama 7 minit. 
  • Penggulung ialah peserta pertama bagi setiap pasukan. 
  • 1 minit sebelum masa tamat, loceng amaran akan dibunyikan sekali. a/bila masa sudah tamat loceng akan dibunyikan 2 kali. Markah tidak akan diberikan kepada sebarang hujah yang disampaikan oleh pembahas setelah loceng penamat dibunyikan.
  • Pembahas tidak dibenarkan mengkritikan peribadi pihak lawan, orang tertentu, agama dan kebudayaan sesuatu kaum tertentu serta mengemukakan isu2 sensitif. Markah akan ditolak sekiranya pembahas melanggar peraturan ini.
  • Pengerusi berhak menegur sesiapa yang melanggar peraturan2 tersebut. Sekiranya pembahas tidak menghiraukan tegurannya, pengerusi berhak menghentikan perbahasan pembahas itu.
  • Jika berlaku gangguan ke atas pembahas seperti pitam, pengerusi boleh menangguhkan perbahasan selama 5 minit. Selapas tempoh tersebut dan di dapati peserta masih tidak dapat meneruskan, peserta simpanan akan dibenarkan untuk menggantikan tempat peserta tersebut. Markah peserta simpanan akan diambil kira.
Ciri-ciri Pembahas Terbaik
1)Keilmuan 

  • Memahami tajuk dgn jelas- isi, fakta, contoh dan bukti perlu dikuasai 
  • Analisis tajuk dengan teliti
2)Kecekapan Berbahasa 
  •  disarankan supaya dpt menguasai tatabahasa dgn baik 
  • Mahir menggunakan bahasa yang bertatasusila spy dpt menyampaikan maksud dengan jelas dan tepat. 
  • Bahasa yang digunakan mudah difahami dan tidak mengelirukan.
3) Gaya Penyampaian 
  • Lancar semasa berhujah 
  • Kesesuaian nada dan intonasi dititikberatkan 
  • Kawal emosi dan pandai sesuaikan mimik muka serta gerak lakunya dgn keadaan.
PENYEDIAAN TEKS
 1)Persiapan rapi
  • persediaan sblum memulakan ucapan.
  • kecekapan berbahasa dalam bahasa yg digunakan.
  •  pengetahuan yg mendalam.
  • Sikap suka bertanya, suka mendengar, berfikiran kritis.
2)Mencungkil maklumat
  • Peter drucker: “Maklumat adalah kuasa. Setiap daripada kita perlu bertanggungjawab memperoleh kerana maklumat adalah alat utama bagi melakukan segala2nya”.
  • Pembahas perlu mencari hujah2 yg menyakinkan para pendengar.
3)Memancing pendengar
  • ucapan dimulakan dengan ungkapan2 yg dapat menarik perasaan dan hati para khalayak.
  • fokus “siapa yg akan hadir''
4) Mengadun maklumat
  • mengumpul maklumat, data dan statistik.
  • hubungkaitkan maklumat2 itu.
5) Menfokuskan kepada tema
  •  penting, tidak lari daripada tema, masa, dan juga khalayak.
  • mencari beberapa maklumat daripada pelbagai sumber.
 6)Mendapatkan apresiasi dengan tepukan gemuruh
  • satu penghargaan daripada pendengar.
  • perlu bersedia dengan statistik, anekdot, contoh, perbandingan dan retorik.
  •  jangan ambil contoh, statistik yg salah dengan tema ucapan.
  • contohnya:  Tema: penagih dadah di Malaysia. ( perlu dapatkan statistik teperinci dari KKM)
7) Statistik dan Anekdot
  •  data yg sebenar (bil/peratus dan tinggi/rendah)
  •  sec tidak langsung meningkatkan kepercayaan pendengar.
  •  anekdot merupakan cerita @ peristiwa yg digunakan utk mengukuhkan lg ucapan.
8)Contoh dan Perbandingan 
  • kita perlu memberi contoh yang boleh menyentuh perasaan dan lebih kepada perubahan positif.
9)Bermain dengan Retorik- retorik ialah ungkapan2 yg diulang2, ditekankan maksud yg hendak serta dp menaikkan semangat khalayak yg mendengar
Contohnya: - ketika kempen pilihanraya - perhimpunan “sempena peperiksaan yg bakal dihadapi pelajar”

Forum

  • Sebuah majlis perbincangan mengenai sesuatu perkara dan persoalan.
  •  Khalayak bertukar2 pendapat dengan penceramah.
  • Dikawali oleh seorang fasilitator.
  • Lazimnya terdapat 3 atau 4 penceramah..
  • Bentuk-bentuk forum:
    1. Forum Panel
    2. Forum Perbahasan
    3. Forum Temu Ramah
    4. Forum Kuliah
    5. Forum Simposium

Forum Panel

  •  3-5 orang panel
  •  Tajuk diberikan terlebih dahulu untuk membuat persediaan
  • Semasa forum berlangsung, pengerusi mengemukakan persoalan untuk memudahkan panel2 membentangkan pendapat mereka.
  • Akhir forum, pengerusi membuka majlis untku penonton menanyakan soalan/ pandangan.
  • Pengerusi membuat kesimpulan.
Forum Perbahasan
  •  4 orang ahli panel.
  •  Tajuk bersifat kontroversial.
  •  Tajuk diberikan terlebih awal kepada panel untuk membuat persediaan.
  • Semasa forum, panel bergilir2 bentang hujah mereka menerusi pengerusi forum.
Forum Temu Ramah
  •  Mirip kepada aktiviti menemuramah seseorang tokoh.
  •  Biasanya pakar rujuk dijemput untuk menyampaikan pendapat dan fakta secara spontan melalui soalan2 yang dikemukakan oleh pengerusi.
  • Selepas itu, sesi soal jwb diadakan antara penonton dengan pakar.
Forum Kuliah
  •  Seorang pakar dijemput untuk sampaikan kuliah
  • Selepas itu penonton akan berinteraksi sesama sendiri.
Forum Simposium
  •  3 atau 4 orang ahli
  •  Setiap ahli diberikan tajuk untuk sediakan kertas kerja.
  •  Selepas itu, bentang kertas kerja secara bergilir-gilir.
  •  Pengerusi membuka majlis soal jawab.

Bab 11:Bentuk Ayat

Apabila berbincang tentang ayat, kita juga membicarakan aspek susunannya. Susunan ayat merujuk proses perubahan struktur binaan subjek dan predikat dalam sesuatu ayat. Dari segi bentuk susunan, ayat dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu bentuk susunan biasa dan susunan songsangSusunan biasa bermaksud binaan ayat yang mempertahankan pola ayat dasar, iaitu unsur frasa subjek didahului frasa predikat.

Subjek + Predikat

1. Ali + guru sementara di sekolah itu.
2. Adik bongsuku + sedang tidur di serambi rumah.
3. Pegawai kanan pejabat itu + amat rajin dan cekap pula.
4. Rumah kediamannya + di Kampung Baru dalam Wilayah Persekutuan.  

Dalam contoh ayat 1-4 di atas, misalnya, walaupun ayat tersebut merupakan ayat terbitan yang bentuknya agak panjang atau kompleks, namun dari segi susunannya, ayat-ayat tersebut tetap tergolong ke dalam susunan biasa. Hanya apabila susunan frasa subjek mendahului frasa predikat itu diubah sehingga predikat pula mendahului subjek, barulah terbentuk ayat yang bersusunan songsang, seperti contoh yang berikut :

Predikat + Subjek
5. Guru sementara di sekolah itu + Ali.
6. Sedang tidur di serambi rumah + adik bongsuku.
7. Amat rajin dan cekap pula + pegawai kanan pejabat itu.
8. Di Kampung Baru dalam Wilayah Persekutuan + rumah kediamannya.  

Contoh-contoh lain :
Susunan Biasa (Subjek diikuti Predikat)
1. Kamu ke sana bila?
2. Budak itu menangis.
3. Hadiah itu untuk ibu saya.
4. Dia tertidur pada masa itu.
5. Bapa saya sedang memancing.
6. Anaknya sudah pulang ke rumah.
7. Buku itu belum dibaca oleh Rafik. 
8. Gadis kampung seberang itu anak siapa?
9. Dia ke rumah Puan Salmah petang semalam.
10. Bunga pemberian gadis itu memang wangi.

Susunan Songsang (Predikat diikuti Subjek)

1. Bila kamu ke sana?
2. Menangis budak itu.
3. Untuk ibu saya hadiah itu.
4. Tertidur dia pada masa itu.
5. Sedang memancing bapa saya.
6. Sudah pulang anaknya ke rumah.
7. Belum dibaca oleh Rafik buku itu.
8. Anak siapakah gadis kampung seberang itu?
9. Ke rumah Puan Salmah dia petang semalam.
10. Memang wangi bunga pemberian gadis itu.

Bab 10:Jenis Ayat


1)AYAT PENYATA
Definisi:
 1. Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud untuk menyatakan atau menerangkan sesuatu hal.
2. Ayat penyata juga dikenali sebagai ayat berita atau ayat keterangan.
Ayat contoh:
a) Pelajar-pelajar sedang  mengulang kaji pelajaran di perpustakaan.
b) Normah tidak pergi ke sekolah pada hari ini.
c) Dia suka menonton rancangan televisyen.
d) Datuk sedang berehat di ruang tamu.
e) Kami sekeluarga akan melancong ke Taiwan.
 
2) AYAT SERUAN
Definisi:
1. Ayat seruan ialah ayat yang digunakan untuk melahirkan perasaan seperti takut, marah, gembira, sakit, benci dan sebagainya.
2. Tanda seru (!) biasanya diletakkan pada akhir ayat seruan.
3. Ayat seruan didahului oleh kata seru seperti amboi, wah, eh, oh, aduh, cis dan sebagainya.
Ayat contoh:
a) Amboi, cantiknya gadis itu!
b) Wah, mahalnya baju ini!
c) Oh, aku lupa bawa wang hari ini!
d) Cis, berani kamu pukul saya!
e) Syabas, kamu telah menang!

3) AYAT TANYA
Definisi:
1. Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal.
2. Terdapat dua jenis ayat tanya, iaitu ayat tanya tanpa kata tanya dan ayat tanya dengan kata tanya.
3. Tanda soal (?) diletakkan pada akhir ayat dalam tulisan.
Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya
1. Ayat tanya tanpa kata tanya ialah ayat yang diucapkan dengan meninggikan nada suara pada akhir ayat penyata.
2. Dalam tulisan, nada tanya ini ditandai dengan tanda soal (?).
Ayat contoh:
a)  Adik masih belum makan?
b)  Pertandingan perbahasan itu akan diadakan minggu hadapan?
c)   Bas itu sudah bertolak?



Ayat Tanya Dengan Kata Tanya
1) Ayat tanya dengan kata tanya ialah ayat yang menggunakan kata tanya seperti apa, siapa, bila, mana, bagaimana dan sebagainya.
Ayat contoh:
a) Barang itu apa?
b) Pemain piano itu siapa?
c) Hari jadi kamu bila?
2) Dalam bentuk tulisan, ayat-ayat tanya ini perlu menerima partikel "-kah" dan diletakkan di hadapan ayat.
Ayat contoh:
a) Apakah barang itu?
b) Siapakah pemain piano itu?
c) Bilakah hari jadi kamu?


4) AYAT PERINTAH
1. Ayat perintah ialah ayat yang digunakan untuk menimbulkan sesuatu tindakan.
2. Ayat perintah terdiri daripada empat jenis, iaitu:
a) Ayat Suruhan
- Minumlah teh ini dahulu.
b) Ayat Larangan
-  Jangan petik bunga itu.
- Usah bermain di tepi jalan.
- Tak usah kau campur tangan dalam hal saya.
c) Ayat Silaan
- Silalah pakai topi keledar.
- Jemput makan bersama-sama.
d) Ayat Permintaan
- Minta anda semua bersabar.

- Tolong ambilkan saya secawan air.

Bab 9:Frasa&Klausa

FrasaDalam tatabahasafrasa ialah binaan yang boleh terdiri daripada satu patah kata atau rentetan beberapa patah kata yang berfungsi sebagai konstituen dalam ayat, sama ada sebagai subjek, predikat, objek atau keterangan. Frasa tiada subjek dan predikat. Frasa tidak membawa maksud yang lengkap yang boleh dikatakan sebagai satu ayat.

Jenis Frasa

Dalam bahasa Melayu, terdapat empat frasa, iaitu:
Frasa endosentrik mengandungi satu unsur inti yang dapat menjadi wakil bagi frasa berkenaan:
  • frasa nama (mempunyai kata nama sebagai unsur intinya)
  • frasa kerja (mempunyai kata kerja sebagai unsur intinya)
  • frasa adjektif (mempunyai kata adjektif sebagai unsur intinya)
Frasa eksosentrik pula ialah frasa sendi nama sahaja, kerana frasa ini tidak mempunyai satu unsur inti yang dapat mewakili keseluruhan frasanya.
Inti frasa pula merujuk kepada kata yang paling penting dalam sesuatu frasa.
Sebagai contoh, kata terpenting (inti frasa) dalam ayat Kakak saya menyanyi lagu keroncong ialah kakak menyanyi kerana kedua-duanya dapat membentuk ayat yang mempunyai makna sedangkan kata-kata yang lain boleh digugurkan.
Frasa  Nama 

Secara amnya, dalam bahasa Melayu, Frasa Nama (FN) sahaja yang dapat berfungsi sebagai subjek ayat.


Contoh Ayat
Subjek

i.
Buku itu  mahal harganya.
Buku itu
ii.
Malaysia negara berbilang bangsa.
Malaysia
iii.
“Negaraku”  ialah lagu kebangsaan kita.
Negaraku
iv.
Kenangan sering mengusik jiwa.
Kenangan
v.
Pukulannya sungguh kuat.
Pukulannya
3.2       Kata Ganti, Kata Kerja dan Kata Adjektif

            Subjek boleh juga terbentuk daripada kata ganti dan kata kerja atau adjektif yang berfungsi sebagai kata nama.

           
a.         Subjek Kata Ganti

Contoh Ayat
Subjek

i.
Saya  mempengerusikan majlis tersebut.
saya
ii.
Beliau akan menulis sebuah novel.
beliau
iii.
Ini makmal kami.
ini

b.         Subjek Kata Kerja dan Adjektif

Contoh Ayat
Subjek

i.
Memasak menjadi kegemarannya.
memasak
ii.
Bercakap  memang mudah.
bercakap
iii.
Merah lambang keberanian.
merah
iv.
Lemah-lembut sifat orang timur.
lemah lembut



4.         PREDIKAT 


Predikat ayat tunggal boleh terdiri daripada unsur-unsur yang berikut:


          4.1       Frasa Nama 


Contoh Ayat
Predikat

i.
Itu harimau bintang.
harimau bintang
ii.
Yang ini rumah Ketua Pengarah.
rumah Ketua Pengarah
iii.
Petunjuk-Nya suatu peringatan.
suatu peringatan
  

4.2       Frasa Kerja

Contoh Ayat
Predikat

i.
Mereka tertridur.
tertidur
ii.
Orang tua itu sedang berehat.
sedang berehat
iii.
Usahanya membuahkan kejayaan.
membuahkan kejayaan
iv.
Ayahnya hendak pergi ke Mekah.
hendak pergi ke Mekah
v.
Kami akan berbincang esok.
akan berbincang esok

4.3      Frasa Adjektif

Contoh Ayat
Predikat

i.
Rumah itu cantik.
cantik
ii.
Keretanya besar sungguh.
besar sungguh
iii.
Bangunan itu tidak berapa tinggi.
tidak berapa tinggi
iv.
Tanah di sana tinggi rendah.
tinggi rendah
v.
Rumah mereka amat jauh dari sini.
amat jauh dari sini
vi.
Laporannya tidak jelas.
tidak jelas



4.4       Frasa Sendi Nama (sendi nama + frasa nama) 


Contoh Ayat
Predikat

i.
Mereka dari ibu pejabat.
dari ibu pejabat
ii.
Semua hadiah ini untuk adiknya.
untuk adiknya
iii.
Kami ke Ipoh kelmarin.
ke Ipoh kelmarin

DEFINISI KLAUSA.

Klausa ialah satu rangkaian perkataan yang terdiri daripada subjek dan predikat seperti contoh yang berikut :

163. dia / tidak datang
164. pakaiannya / basah
165. mereka / berehat

Contoh di atas dapat menyatakan maksud klausa, iaitu satu binaan yang terdiri daripada
subjek dan  predikat. Subjek bagi klausa di atas ialah dia, pakaiannya dan mereka.
Predikatnya pula ialah datangbasah dan berehat. Jika klausa tersebut diujarkan dengan
intonasi yang sempurna, iaitu dimulai dan diakhiri dengan kesenyapan, klausa tersebut boleh
bersifat sebagai ayat lengkap seperti contoh yang berikut :

166. Dia tidak datang.
167. Pakaiannya basah.
168. Mereka berehat.

Klausa menjadi konstituen kepada ayat dan terbahagi kepada dua jenis, iaitu klausa bebas dan
klausa tak bebasKlausa bebas ialah klausa yang boleh berdiri sendiri sebagai ayat yang lengkap, manakala klausa yang tak bebas tidak dapat berdiri sendiri kerana maknanya bergantung pada klausa bebas. Lihat contoh ayat yang berikut :

169. Dia tidak datang jika tidak mendapat keizinan.
170. Pakaiannya basah kerana hujan lebat.
171. Mereka berehat apabila tiba masanya.

Ayat-ayat (169), (170), dan (171) terdiri daripada dua klausa, iaitu klausa bebas dan klausa
 tak bebas. Unsur dia tidak datang, pakaiannya basah dan mereka berehat merupakan klausa
 bebas yang terbentuk dalam ayat yang mengandungi klausa lain, iaitu jika tidak mendapat keizinankerana hujan lebat dan apabila tiba masanya. Klausa bebas itu boleh berdiri sendiri dan
dalam keadaan sedemikian, klausa ini juga dinamakan klausa utama.

Sebaliknya, klausa yang didahului dengan kata hubung jikakerana dan apabila itu pula dinamakan klausa tak bebas kerana maknanya tidak lengkap jika tidak disertai oleh klausa utama. Dengan
kata lain, klausa tak bebas ialah klausa yang dipancangkan kepada klausa utama dalam satu
binaan ayat yang sempurna.

Tokoh Negara

                                                            Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Laungan Merdeka oleh Tunku Abdul Rah...