Label

Jumaat, 8 September 2017

Bab 4&5 Proses Pembetukan Kata

 PENGENALAN.
Kata baru biasanya muncul dalam dalam suatu bahasa untuk mendukung konsep atau perkara yang baru timbul dalam masyarakat pengguna bahasa itu (Nik Safiah 1989: 239).


Apabila masyarakat berkembang, banyaklah konsep, benda, proses, keadaan atau kejadian baru yang memerlukan kata baru untuk mengungkapnya. Akmajian (1995; 24) turut menjelaskan bahawa kemasukan kata baru ini kerap kali berlaku apabila penutur mencipta kata baru untuk menamai objek yang tidak wujud sebelumnya yang terhasil daripada perubahan teknologi.

            Kata atau istilah dapat dibentuk melalui pelbagai proses seperti pengimbuhan, penambahan, analogi, akronim, peluasan makna, penterjemahan dan peminjaman (Amat Juhari 1985). Menurut Sager (1996), pembentukan kata dapat terdiri daripada penggabungan fonem atau morfem yang benar- benar baru. Malah, menurut Umar (1987), tidak ada pembentukan kata baru sama sekali jika pembentukan kata itu tidak dihubungkan dengan peminjaman atau penggunaan kata lama secara baru. Oleh itu, pembentukan kata biasanya bergantung pada unsur leksikal yang sedia ada. Kebergantungan pada unsur yang sedia ada ini terjadi apabila suatu bahasa itu tidak mempunyai ungkapan yang tepat untuk tujuan tertentu dan penutur biasanya menerima ungkapan sedia ada dan meluaskan maknanya. 

            Secara amnya, teori bahasa sesuatu bahasa ialah tatabahasa. Tatabahasa bahasa menjadi asas untuk penglahiran bahasa yang indah dan mudah difahami oleh penggunanya.  Oleh itu bahasa dapat diekplotasikan untuk mewujudkan gaya dan laras bahasa yang tersendiri.  Dengan itu, bahasa mestilah tepat, lengkap, tuntas, lugas dan mudah difahami serta mencerminkan kebolehan dalaman penutur jati yang ideal.


DEFINISI PEMBENTUKAN KATA.


Nik Safiah Karim (2010), mendefinisikan perkataan ialah satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna yang terdiri daripada satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa. Perkataan dapat dibahagikan kepada empat jenis iaitu kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata ganda. Pembentukan kata dapat dilihat dari segi unsur-unsur  yang membentuknya, yakni unsur-unsur yang bagaimana dan juga hubungan paradigmatik antara unsur-unsur berkenaan. Unsur-unsur yang mendirikan kata adalah morfem dan penelitian tentang gabungan morfem menjadi kata itulah yang dikenal sebagai morfologi.


PERBANDINGAN.


Dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2010), Nik Safiah Karim menyebut cara membentuk perkataan ini sebagai 
pembentukan katamanakala Abdullah Hassan di dalam Linguistik Am (2007), menyebutnya sebagai menerbitkan perkataan. Walaupun istilahnya berbeza tetapi membawa maksud yang sama iaitu tentang proses bagaimana cara membentuk perkataan dalam bahasa Melayu

Menurut Nik Safiah Karim (2010), bahasa Melayu mempunyai beberapa cara membentuk perkataannya iaitu:


  •  Bentuk kata tunggal.
  •  Bentuk kata terbitan.
  • Bentuk kata majmuk.
  • Bentuk kata ganda.
Mengikut buku Linguisti Am (2007),  pula Abdullah Hassan menyenaraikan tiga kaedah menerbitkan kata iaitu:

  • Pengimbuhan.
  • Penggandaan.
  • Pemajmukan.
Bentuk Kata Tunggal.Menurut Nik Safiah Karim (2010), perkataan- perkataan dalam bahasa Melayu yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan dan perangkaian tergolong ke dalam jenis kata tunggal. Kata tunggal ini pula dibahagikan kepada beberapa jenis kata tunggal iaitu:
  • Kata tunggal satu suku kata.
  • Kata tunggal dua suku kata.
  • Kata tunggal tiga suku kata.
  • Kata tunggal empat suku kata dan lebih.
Walaupun terdapat kata tunggal yang tidak pernah menerima apa-apa imbuhan seperti ini, itu, sini dan sana. Namun kebanyakan kata tunggal dalam bahasa Melayu mempunyai potensi untuk diperluas dan menjadi bentuk terbitan. Jika dilihat dari segi penyukuan kata, perkataan boleh mengandungi daripada satu suku kata atau beberapa suku kata. Sesuatu suku kata boleh terdiri daripada satu vokal sahaja atau vokal disertai satu konsonan atau satu vokal dengan beberapa konsonan. Konsonan- konsonan itu hadir di hadapan atau di belakang vokal atau serentak di hadapan dan di belakang. Ada konsonan yang boleh hadir secara bergugus (KK).
Kata tunggal satu suku kata.


Jumlah kata tunggal dengan satu suku kata dalam bahasa Melayu agak terhad. Ada antaranya merupakan pinjaman daripada bahasa asing terutamanya bahasa Arab dan bahasa Inggeris. Ada juga perkataan yang merupakan kependekan bagi perkataan dua suku kata atau lebih. Misalnya 
ku untuk aku dan tu untuk itu. Tetapi perkataan sedemikian tidak dianggap perkataan satu suku kata. 

 Kata tunggal dua suku kata.
Sebahagian besar daripada perkataan dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua suku kata. Antara pola kata tunggal dengan dua suku kata adalah seperti 
aku, aur, angka, indah, tua, kuih, guru, bakul, bangsa dan bintang.

Kata tunggal tiga suku kata.

Jumlah kata tunggal dengan tiga suku kata agak kecil jika dibandingkan dengan kata tunggal dua suku kata. Namun begitu, pola- pola susunan konsonan- vokalnya  agak banyak. Kebanyakan perkataan tiga suku kata ini terdiri daripada kata- kata pinjaman. Contohnya, 
tuala, ziarah, idea, deria, azali, istanasutera, jendela, akaun dan gelombang.

Kata tunggal empat suku kata dan lebih.

Terdapat sebilangan kecil kata tunggal yang terdiri daripada empat suku kata dan lebih. Kebanyakan perkataan ini ialah kata pinjaman. Antara contohnya ialah 
keluarga, bijaksana, mandalika, dinihari, kapitalis, universiti dan maharajalela. 

            Selain itu, kata akronim juga tergolong ke dalam jenis kata tunggal. Kata akronim boleh ditulis dengan cara:
  1.  Gabungan beberapa huruf awal rangkai kata – ABIM.
  2. Gabungan suku kata dengan huruf awal atau dengan suku kata – Mara.
  3. Gabungan suku kata dengan suku kata – tabika.
Daripada contoh- contoh di atas, jelas kelihatan bahawa cara pembentukan kata akronim sebagai satu proses pemendekan dan penggabungan untuk membentuk kata mempunyai potensi dalam bahasa Melayu. Tetapi, pembentukkannya agak longgar iaitu tidak berdasarkan prinsip yang jelas. Oleh itu, proses pembentukan ini tidak digalakkan sebagai satu kaedah pembentukan kata untuk membentuk perkataan baharu atau kata istilah dalam bahasa Melayu. Abdullah Hassan tidak menyatakan cara pembentukan kata melalui bentuk kata tunggal di dalam buku Linguistik Am.

Bentuk  Kata Terbitan / Pengimbuhan.


Di dalan buku Tatabahasa Dewan (2010), Nik Safiah Karim menerangkan kata terbitan ialah bentuk perkataaan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan iaitu proses menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Pengimbuhan ini melahirkan bentuk perkataan yang disebut kata terbitan. Imbuhan terdiri daripada morfem terikat sementara kata dasar ialah bentuk morfem bebas yang dapat menerima imbuhan. Hanya segelintir kata dasar merupakan morfem terikat yang disebut akar. Imbuhan ialah bentuk morfem yang tidak boleh hadir bersendirian dalam ayat iaitu harus diimbuhkan pada bentuk yang lain yang merupakan kata dasar. Berdasarkan kepada kedudukannya pada kata dasar, imbuhan dapat dibahagikan kepada empat jenis iaitu :
 
1.Kata terbitan berawalan (hadir sebelum kata dasar)

  •  Awalan kata nama.
  • Awalan kata kerja.
  • Awalan kata adjektif.
2.Kata terbitan berakhiran (hadir sesudah kata dasar).
  • Akhiran kata nama.
  • Akhiran kata kerja.
3.Kata terbitan berapitan (hadir secara mengapit kata dasar).
  •  Apitan kata nama.
  • Apitan kata kerja.
  • Apitan kata adjektif.
4. Kata terbitan bersisipan (hadir dicelah kata dasar).
  • Kata Nama.
  • Kata Adjektif.
  • Kata Kerja.
Manakala Abdullah Hassan (2007), menyebut kata terbitan sebagai pengimbuhan. Pengimbuhan ialah proses membentuk perkataan. Ia dilakukan dengan mencantumkan imbuhan kepada kata dasar. Kata dasar ialah perkataan major yang menerima imbuhan. Kata dasar juga boleh terdiri daripada morfem bebas atau terikat atau satu perkataan terbitan hasil daripada pengimbuhan, penggandaan dan pemajmukan. Imbuhan adalah morfem terikat iaitu morfem yang tidak dapat berlaku sendiri. Imbuhan mesti dicantumkan kepada kata dasar terlebih dahulu. Imbuhan terdiri daripada :
  1. Awalan (dicantumkan pada pangkal kata dasar)
  2. Akhiran (dicantumkan pada akhir kata dasar)
  3. Sisipan (disisip selepas konsonan pertama kata dasar)
  4. Apitan (dicantum pada pangkal dan akhir kata dasar serentak)
Oleh itu, kita dapat melihat persamaan pendapat antara buku Tatabahasa Dewan dengan buku Linguistik Am dalam membentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan iaitu proses menggandingkan imbuhan pada kata dasar walaupun dari segi istilahnya berbeza kerana Nik Safiah menyebut kata terbitan manakala Abdullah Hassan menyebut pengimbuhan. Tetapi hakikatnya, proses yang berlaku adalah sama.

Bentuk Kata Majmuk / Pemajmukan
Menurut Tatabahasa Dewan (2010), proses pemajmukan adalah proses yang merangkaikan dua kata dasar a
tau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna yang khusus. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. Misalnya, kerusi malas ialah kata majmuk kerana tidak dapat disisipkan unsur lain seperti ‘yang’. Sebaliknya pinggan mangkuk
 bukan kata majmuk kerana dapat diselitkan kata hubung ‘dan’. Berdasarkan jenisnya, kata majmuk dibahagikan kepada tiga kelompok iaitu:
  1.  Kata majmuk yang terdiri daripada rangkaikata kata bebas.
  2.  Kata majmuk yang berbentuk istilah khusus.
  3. Kata majmuk yang mendukung maksud kiasan.
Selain itu, terdapat sebilangan kecil bentuk kata majmuk yang penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh, walaupun bentuk kata tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar. Perkataan yang demikian tetap dieja bercantum sebagai satu perkataan. Contohnya, antarabangsa.

Di samping itu, terdapat sejumlah perkataan yang bukan kata majmuk yang tergolong dalam golongan kata tertentu yang secara lazimnya dieja bercantum. Contohnya, peribadi, barangkali dan sukacita. Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsure pertama sahaja. Contohnya, alat- alat tulis. Satu kecualian ialah penggandaan yang melibatkan bentuk yang telah mantap. Penggandaannya melibatkan keseluruhan unsur. Contohnya, warganegara- warganegara. Kata majmuk juga boleh menerima imbuhan untuk menghasilkan kata terbitan. Pengimbuhan kata majmuk terdapat dalam dua bentuk iaitu;

  1. Apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan awalan atau akhiran sahaja, ejaannya tetap terpisah. Contohnya, campur aduk  - bercampur aduk.
  2. Apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan apitan, ejaannya menjadi bercantum. Contohnya, satu padu – menyatupadukan.
Dalam buku Linguistik Am pula, Abdullah Hassan menyebutnya pemajmukan. Kata majmuk ialah binaan perkataan yang lazimnya terdiri daripada dua kata. Setiap kata tersebut boleh terdiri daripada kata akar atau kata terbitan. Kata majmuk yang dihasilkan bertaraf sebagai perkataan. Ini bermakna kata majmuk tersebut mempunyai ciri- ciri kesatuan sebagai satu patah perkataan, mempunyai satu makna seperti satu perkataan dan mempunyai fungsi sebagai satu perkataan.

 
 Apabila kata- kata tersebut bergabung menurut hukum binaan sintaksis bahasa Melayu, iaitu diterangkan mendahului yang menerangkan, maka kita katakan binaan itu mematuhi hukum DM. Kata majmuk demikian dipanggil kata majmuk sintaktik. Contohnya ialah kaji cuaca dan sebar luas. Apabila kata majmuk itu bergabung dengan tidak menurut hukum DM, maka binaan kata majmuk demikian dipanggil kata majmuk bukan sintaktik. Contohnya ialah bumiputera dan mahasiswa. Kata bumi ialah penerang dan putera ialah inti yang diterangkan. Ini bermakna binaan ini menurut hukum MD iaitu yang menerangkan mendahului inti yang diterangkan.


  1. Menurut Abdullah Hassan (2007), kata majmuk ialah binaan morfologi tetapi frasa ialah binaan sintaksis. Tiga ciri yang menunjukkan k
ata majmuk itu bukan frasa ialah:
  •  Kata majmuk mempunyai makna khas sebagai satu perkataan.
  • Kata majmuk mempunyai siri kesatuan sebagai satu kata.
  • Kata majmuk terdiri daripada satu kumpulan tertutup.
Penulisan kata majmuk dieja bergantung kepada kebiasaan. Ada yang dieja terpisah  contohnya kereta api. Ada juga kata majmuk yang dieja bergabung contohnya antarabangsa. Pandangan ini adalah sama dengan Nik Safiah kerana di dalam buku Tatabahasa Dewan terdapat 30 kata majmuk yang dieja sebagai satu perkataan. Selain itu, ada juga kata majmuk yang digandakan seluruhnya bagi menunjukkan bilangan yang banyak. Contohnya ialah kakitangan- kakitangan. Kata majmuk juga dipecahkan kepada kata nama majmuk, kata kerja majmuk, kata adjektif majmuk, kata adverba majmuk dan kata tugas majmuk.

Bentuk Kata Ganda / Penggandaan.
Mengikut Nik Safiah, proses penggandaan dalam bahasa Melayu ialah proses yang menggandakan kata dasar. Dalam proses ini, kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh, penggandaan separa dan penggandaan berentak iaitu berdasarkan rentak bunyi tertentu. Dalam bahasa Melayu terdapat tiga jenis penggandaan iaitu:

  •  Penggandaan penuh
  • Penggandaan separa
  • Penggandaan berentak
Penggandaan Penuh.
Penggandaan penuh ialah proses yang menggandakan keseluruhan kata dasar sama ada kata dasar itu mengandungi imbuhan ataupun tidak.

1.
Penggandaan penuh kata tunggal – contohnya ialah ayat- ayat.
2.
Penggandaan penuh kata berimbuhan.
  •  Dengan awalan – contohnya ialah ketua- ketua.
  • Dengan akhiran – contohnya ialah ajaran- ajaran.
  • Dengan apitan – contohnya persatuan- persatuan.
Penggandaan separa.
Penggandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Kata dasar boleh merupakan kata tunggal ataupun kata terbitan.

1.
Penggandaan separa kata tunggal – contohnya ialah sesiku.2. Penggandaan separa kata berimbuhan .

  • Dengan awalan kata kerja- contohnya ialah berlari- lari dan tolong- menolong.
  • Dengan awalan kata adjektif – contohnya ialah sepandai- pandai.
  • Dengan akhiran kata nama – contohnya ialah sayur- sayuran.
  • Dengan akhiran kata kerja – contohnya ialah doa- doakan.
  • Dengan akhiran kata adjektif – contohnya ialah rindu- rinduan.
  • Dengan apitan kata kerja – contohnya ialah bersalam- salaman, mendewa- dewakan, mengulang- ulangi dan dibayang- bayangi.
  • Dengan apitan kata adjektif – contohnya ialah kebodoh- bodohan.
Penggandaan berentak.
Penggandaan berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Dalam penggandaan berentak, seluruh kata dasar digandakan dan bunyi- bunyi tertentu diulang atau diubah. Berdasarkan perubahan dan pengulangan bunyi- bunyi demikian, maka penggandaan berentak dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:

  1.  Penggandaan berentak pengulangan vokal.
  2. Penggandaan berentak pengulangan konsonan.
  3. Penggandaan berentak bebas.
Di dalam buku Linguistik Am (2007), Abdullah Hassan turut menyatakan proses penerbitan kata boleh berlaku melalui penggandaan manakala Nik Safiah menyebutnya sebagai bentuk kata ganda. Walaupun istilah berbeza tetapi ia membawa maksud yang sama. Pada pendapat Abdullah Hassan, penggandaan ialah proses menerbitkan perkataan dengan menggandakan kata dasar. Abdullah Hassan menyenaraikan empat jenis penggandaan menurut cara kata dasar digandakan iaitu:
  1. Gandaan penuh.
  2. Gandaan separa.
  3. Gandaan rentak.
  4. Gandaan bebas.
Gandaan Penuh.
Gandaan penuh boleh dilakukan pada kata akar dan kata terbitan daripada golongan kata nama, kata kerja dan kata adjektif.

1.
 Kata Nama (membawa maksud banyak dan menyerupai). Contohnya:
  • meja- meja ( banyak meja).
  • Orang- orang (banyak orang atau lembaga orang bagi menakutkan burung di sawah)
2.Kata Kerja (membawa maksud perbuatan dilakukan berulang atau tidak serius). Contohnya:
  •  Makan- makan (makan berterusan)
  • Main- main (main berterusan, tidak serius melakukan sesuatu)
3.Kata Adjektif ( membawa maksud sifat yang menyeluruh). Contohnya:
  • Putih- putih (putih belaka)
4. Kata Adverba (menerangkan bila dan jangka masa sesuatu perbuatan atau perihal keadaan berlaku). Contohnya:
  •  Sampai- sampai (sebaik sahaja sampai)
5.Kata Terbitan (menghasilkan perkataan kompleks). Contohnya:
  • Pemain- pemain (ramai pemain)
 Gandaan Separa.
Penggandaan separa adalah kelainan bentuk penggandaan penuh yang berlaku kepada kata nama tunggal. Seluruh kata tunggal boleh digandakan atau hanya suku kata pertama digandakan. Bunyi vokal dalam suku kata yang digandakan itu berubah menjadi e pepet. Kata ganda separa membawa maksud yang sama dengan kata ganda penuh. Contohnya:



  1.  Kata Nama – laki   ->laki- laki  = lelaki (jantan, ramai laki- laki)
  2.  Kata Kerja – tulis ->tulis- tulis  =tetulis ( menulis berkali- kali)
  3.   Kata Adjektif – sedap  ->sedap- sedap  =sedap (sedap belaka)
  4. Kata Adverba – laju  -> laju- laju =lelaju (dengan laju)
Gandaan Rentak.
Ada beberapa kata nama yang boleh menerima penggandaan rentak sama ada rentak suku kata atau berentak bunyi. Fungsi gramatis penggandaan rentak ialah menunjukkan banyak yang beraneka. Perubahan suku kata atau bunyi vokal memberi tambahan aneka kepada pengertian banyak yang sudah ada pada kata ganda tersebut. Terdapat tiga jenis penggandaan rentak iaitu :

  1. Rentak suku kata awal – bukit =bukit- bukau
  2. Rentak suku kata akhir – lauk =lauk- pauk
  3. Rentak bunyi vokal – suku =suku – sakat
Gandaan Bebas.
Bentuk gandaan bebas mengandungi bentuk bebas. Bentuk kata dasar itu ada tetapi gandaannya hanya wujud dalam bentuk penggandaan sahaja. Fungsi gramatisnya juga menunjukkan banyak. Bilangan penggandaan begini tidak banyak. Contohnya  ialah:


- ipar        ipar- duai (ramai ipar)

            Rangkap kata berbeza daripada kata ganda. Dalam gandaan, ada kata dasar yang digandakan. Dalam rangkap kata, kedua- dua perkataan itu adalah perkataan lain sama sekali. Sebagai contoh cerdik pandai ialah rangkap kata. Bentuk perkataan pandai bukanlah pengganda kepada cerdik. Sebaliknya pandai ialah pasangan rangkap kepada cerdik. Oleh sebab itu, rangkap kata bukanlah kata bebas.


Kata Ganda dan Imbuhan.

Perkataan berganda juga berlaku dengan imbuhan. Bagi kata nama, penggandaan mestilah berlaku di awal, di akhir atau mengapit kata dasar yang digandakan. Kata ganda nama boleh menerima imbuhan ber-, -an, me-…-kan dan di-…-kan. Contohnya:



  1. Dengan awalan- ber + hari- hari=berhari- hari
  2. Dengan akhiran – ber + bunga- bunga=berbunga- bunga.
  3. Dengan apitan – dikepal- kepalkan
  4. Dengan awalan di tengah – rayu- merayu.
Rumusan
Kesimpulannya, menurut Nik Safiah Karim (2010), terdapat empat jenis pembentukan kata dalam bahasa Melayu iaitu kata tunggal, kata terbitan , kata majmuk dan kata ganda seperti yang terdapat di dalam buku Tatabahasa Dewan (2010). Manakala menurut Abdullah Hassan (2007),  pula terdapat tiga kaedah untuk menerbitkan perkataan dalam bahasa Melayu iaitu melalui pengimbuhan, penggandaan dan pemajmukan. Ini kerana di dalam buku Linguistik Am (2007), tidak ada cara menerbitkan perkataan melalui kaedah bentuk kata tunggal. Walaupun berbeza dari segi istilah tetapi kaedah pembentukannya adalah sama. 

Kaedah pembentukan perkataan seperti yang terdapat dalam bahasa Melayu ini berbeza daripada kaedah pembentukan atau mewujudkan perkataan-perkataannya melalui proses perubahan fonem (bunyi bahasa) dalam kata dasar itu sendiri dengan berdasarkan golongan  kata atau kasusnya.  

Proses pembentukan kata atau menerbitkan perkataan di antara kedua- dua buku ini hampir sama walaupun istilah yang digunakan berbeza. Contohnya, buku Tatabahasa Dewan (2010), menyebut kata terbitan manakala buku Linguistik Am (2007), menyebut perkataan pengimbuhan. Begitu juga dengan kata majmuk yang disebut sebagai pemajmukan manakala kata ganda disebut sebagai penggandaan di dalam buku Linguistik Am. 

            Selain jenis-jenis perkataan yang telah dinyatakan di atas, terdapat juga bentuk yang dihasilkan melalui proses penyingkatan kata yang menghasilkan kata tunggal jenis akronim. Menurut  Abdullah Hassan, ada tiga proses morfologi yang berlaku dalam bahasa Melayu iaitu pengimbuhan, penggandaan dan pemajmukan.  Proses ini dilakukan kepada bentuk dasar.  Dasar ini akan membentuk imbuhan apabila mengalami proses pemgimbuhan, bentuk yang digabungkan dengan bentuk perkataan lain akan menghasilkan proses pemajmukan. Begitu juga yang terjadi bagi proses penggandaan dan pengakroniman.  Ditegaskan bahawa bentuk dasar boleh terdiri daripada satu kata akar atau kata terbitan.  Kata terbitan ini pula terdiri daripada kata berimbuhan, kata ganda, kata majmuk dan kata akronim.

            Menurut Abdullah Hassan (2007), pengimbuhan ialah proses membentuk perkataan melalui proses imbuhan.  Ini dilakukan dengan mencantumkan imbuhan kepada kata dasar.  Imbuhan dalam bahasa Melayu mempunyai tiga fungsi iaitu membentuk kata terbitan, mengubah golongan kata dan mencipta perkataan baharu.  Pengimbuhan juga satu proses menerbitkan kata dengan memberikan atau mencantumkan imbuhan dengan kata dasar.  Melalui proses ini, akan terhasil kata terbitan.  Terdapat empat jenis imbuhan atau afiksasi dalam bahasa Melayu iaitu awalan ,akhiran, sisipan dan apitan. Abdullah Hassan menghuraikan pengimbuhan kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata adverba. Manakala Nik Safiah  hanya menghuraikan awalan kata nama, kata kerja dan kata adjektif. Selain itu, Nik Safiah membahagikan bentuk kata terbitan kepada empat iaitu kata terbitan awalan, kata terbitan akhiran, kata terbitan berapitan dan kata terbitan bersisipan. Abdullah Hassan pula membahagikan pengimbuhan kepada tiga sahaja iaitu imbuhan awalan, imbuhan akhiran dan imbuhan apitan.

            Walau bagaimanapun, dalam proses pembentukan kata melalui kata majmuk atau pemajmukan terdapat perbezaan dari segi huraian. Nik Safiah membahagikan bentuk kata majmuk kepada tiga iaitu kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata, berbentuk istilah khusus dan yang mendukung maksud kiasan. Abdullah Hassan pula menghuraikan proses menerbitkan kata melalui pemajmukan dengan lebih terperinci dan membahagikannya kepada tiga iaitu kata majmuk yang mempunyai makna khusus, dari satu perkataan dan kumpulan kata majmuk tertutup. 

Untuk pembentukan kata melalui kata ganda atau penggandaan, di dalam buku Tatabahasa Dewan terdapat tiga jenis penggandaan iaitu penggandaan penuh, penggandaan separa dan penggandaan berentak. Manakala, di dalam buku Linguistik Am terdapat empat jenis penggandaan iaitu gandaan penuh, gandaan separa, gandaan rentak dan gandaan bebas. Huraian menerbitkan kata di dalam buku Linguistik Am adalah lebih terperinci.

            Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa kedua- dua buku ini ada banyak perbezaan  pendapat dan huraian tentang pembentukan kata atau menerbitkan perkataan di dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit persamaan dalam sesetengah huraian dan penerangan untuk membentuk kata. Walau bagaimanapun, kedua- dua buku ini amat bermanfaat dan dapat membantu dalam mempelajari  proses pembentukan kata bahasa Melayu. Selain itu, kedua- dua buku ini amat menarik dan boleh dijadikan pegangan dalam mempelajari dan mendalami tatabahasa bahasa Melayu khususnya dalam bidang morfologi.

Sabtu, 12 Ogos 2017

Bab 3 Sistem Ejaan&Sebutan Baku


Pengenalan
Bahasa Melayu baku ialah bahasa Melayu yang sempurna dari segi penggunaan aspek-aspek bahasanya,iaitu betul ejaanya,betul tatabahasanya,betul istilahnya,betul penggunaan katanya,betul laras bahasanya dan betul sebutannya.
Perancangan pembakuan sebutan baku adalah satu objektif Dewan Bahasa dan Pustaka.
''Untuk membakukan ejaan dan sebutan,dan membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan''.Dipetik daripada Dewan Bahasa dan Pustaka.
Matlamat-matlamat pembakuan sebutan Bahasa Melayu adalah untuk menyeragamkan sebutan dalam Bahasa Melayu.Antara tujuannya termasuklah:
  1. Untuk mewujudkan satu variasi sebutan baku dalam Bahasa Melayu yang dapat digunakan dalam situasi formal atau situasi rasmi.
  2. Untuk meningkatkan kecekapan berbahasa Melayu baku di kalangan semua pengguna bahasa Melayu.
  3. Memantapkan sistem dan struktur dalaman Bahasa Melayu,iaitu supaya sistem sebutan menjadi mantap dan baku sejajar dengan pemantapan dan pembakuan tatabahasa,kosa kata(perbendaharaan kata umum dan istilah),sistem ejaan dan laras bahasa.
  4. Secara khusus,menyeragamkan cara berbahasa dan bertutur,dan mengurangkan penggunaan pelbagai variasi dan gaya sebutan serta menghindarkan penggunaan dialek setempat dalam pengaajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah.

Pedomam Umum Ejaan dan Sebutan Baku
Ciri-ciri sebutan Bahasa Melayu adalah seperti berikut:

  1. Sebutan huruf,pada umumnya setiap huruf dalam ejaan rasmi(dalam jawi)hendaklah dilafazkan dengan jelas menurut nilai bunyi Bahasa Melayu yang dilambangkan.
  2. Sebutan kata hendaklah berdasarkan bentuk kata(pola-pola suku kata)sama ada kata dasar atau kata terbitan.
  3. Intonasi ialah nada suara yang turun naik atau tinggi rendah sewaktu bercakap dan hendaklah bersarkan jenis dan bentuk ayat atau kalimat dalam Bahasa Melayu serta keperihalan keadaan yang berkenan.

Bunyi dan Huruf
  1. Abjad-26 abjad
  2. Vokal-6(a/ pepet/e taling/i/o/u)
  3. Konsonan-21
Digraf-5(kh,gh,ng,ny,sy)
Abjad


Terdapat 26 abjad atau huruf yang wujud,ia terdiri daripada
a,b,c,d,e,f,g,h,i,j,k,l,m,n,o,p,q,,r,s,t,u,v,w,x,y,z
dan 
A,B,C,D,E,F,G,H,I,J,K,L,M,N,O,P,Q,R,S,T,U,V,W,X,Y DAN Z

Huruf      Sebutan           Perkataan
Aa               e                      Anak
                             
Bb              bi                      Burung
Cc               si                      Cawan
Dd              di                       Darah
Ee               i                         Ekor
Ff               ef                        filem
Gg              ji                           gigi
Hh             ee                         hati
Li               ai                          ibu
Jj                je                         jam
Kk              ke                        kuda
Ll              el                          lari
Mm           em                        malam
Nn              en                         nasi
Oo             o                          orang
Pp              pi                           pintu
Qq            kiu                          quran
Rr             ar                            rambut
Ss             es                           sikat
Tt              ti                             tahu
Uu            yu                            ubi
Vv            vi                            vokal
Ww         dabliu                      wang
Xx            eks                         xemon
Yy            wai                           yuran
Zz             zek                            zarah

Pola Keselarasan huruf vokal

Suku Kata PraakhirSuku kata tertutup
1
a
-a
asah,balak,halaman
2
a
-i
alih,balik,sumbangsih
3
a
-u
asuh,datuk,lembayung
4
e pepet
-a
emas,kelam,tembeling
5
e pepet
-i
lebih,betik,sembelih
6
e pepet
-u
telur,tempuh,temenggung
7
e taling
-a
elak,dewan,belerang
8
e taling
-e taling
leceh,gelek,selekeh
9
e taling
-o
esok,telor,selekoh
10
i
-a
ingat,kilang,selinap
11
i
-i
intip,sisih,belimbing
12
i
-u
riuh,tidur,tembeliung
13
O
-a
otak,boring,selekoh
14
O
-e taling
oleh,boleh,celoteh
15
O
-o
obor,borong,kelompok
16
U
-a
ubat,tumpang,ketupat
17
U
-i
usik,kuih,gerusih
18
U
-u
untuk,tunduk,tengkujuh
             
 Ejaan Kata Pinjaman
 KATA pinjaman, atau kata ambilan dan kata serapan, sama ada daripada bahasa Inggeris atau bahasa Eropah lain, diterima masuk ke dalam korpus bahasa Melayu dengan mementingkan bentuk ejaan atau visualnya.
.
Oleh hal yang demikian, penyesuaian huruf dilakukan sekiranya perlu. Penyesuaian tersebut boleh terdiri daripada pengekalan, penggantian, dan pengguguran huruf tertentu.
.
i. Pengekalan huruf
.
Hal ini bermakna bahawa ejaan asal dikekalkan.
  • atom
  • bank
  • diesel
  • hotel
  • neon
  • pistol
  • status
  • zoo
.
ii. Penggantian huruf
Beberapa huruf digantikan untuk disesuaikan dengan bunyi atau sebutan dalam bahasa Melayu. Beberapa contohnya seperti yang berikut.
1. c menjadi k
  • criteria - kriteria
  • vaccin - vaksin
  • republic - republik
2. y menjadi i
  • January - Januari
  • gravity - graviti
  • geology - geologi
3. g menjadi j
  • regime - rejim
  • magistrate - majsitret
  • contingent - kontinjen
4. ph menjadi f
  • graph - graf
  • photography - fotografi
  • telephone - telefon
5. ou menjadi au
  • accountant - akauntan
  • pound - paun
.
iii. Pengguguran huruf
Beberapa huruf tertentu tidak dikekalkan.
1. ch menjadi k
  • scheme - skim
  • cholera - kolera
  • monarchy - monarki
2. ce menjadi s
  • science - sains
  • ambulance - ambulans
  • insurance - insurans
3. uu menjadi u
  • vacuum - vakum
  • continuum - kontinum
KATA SENDI NAMA.
•Kata sendi nama ialah kata yang digunakan untuk merangkaikan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa lain.
•Kata sendi memerlukan frasa nama sebagai objek untuk membentuk frasa sendi.
Contoh:
Surat ini ditujukan kepada Ahmad.
Penjelasan:
Dalam ayat ini, kepada ialah kata sendi manakala Ahmad ialah objek bagi kata sendi tersebut.
Kata Sendi Nama : Jenis-jenis.
~KE~ 
1.      Tempat
2.      Benda konkrit  (tak bernyawa)
3.      Masa
contoh:
1.      Saya pergi ke Pahang.
2.      Bola itu dicampak ke dinding.
3.      Dia belum pulang hingga ke hari ini.
~KEPADA~
1.      benda konkrit(bernyawa)
2.      benda abstrak(kecuali masa)
contoh:
1.  Buku itu diserahkan kepada Ali.
2.  Penyakit itu membawa kepada penderitaan.
~DARI~ 
1.      arah
2.    tempat
2.       masa
contoh:
1.   Ali muncul tiba-tiba dari belakang Abu.
2.   Pemain itu berasal dari Kelantan.
3.`  Dari pukul lapan pagi lagi, latihan sudah dijalankan.
~DARIPADA~ 
Umum
1.      Orang
2.      asal kejadian
3.      perbandingan
Contoh:
1.    Bunga  itu  hadiah daripada guru.
2.   Kerusi dibuat daripada kayu.
~DI~ 
1.     tempat (sahaja, selain daripada itu, tidak dikira sebagai kata sendi, sebalik imbuhan di-)
Contoh
1.    Saya tinggal di Jalan Utara.
~PADA~ 
1.   masa
2.  orang
3.   benda abstrak
contoh :
1.    Pada zaman ini,komputer adalah penting.
2.    Buku itu aada pada Ali.
3.    Pada pendapat saya,ayat
itu salah.

Penggunaan tanda baca

  1. Tanda baca noktah(.)
    -berakhirnya sesuatu ayat
    -Menyatakan singkatan
    -Cth:Hj,Prof,Y.B,Abd
  2. Tanda baca sempang(-)
    a)Sebagai tanda kata ganda
    -Cth:rumah-rumah,pemimpin-pemimpin,berlari-lari,gunung-gunung
    b)antara ke dfn angka
    -cth:ke-10,ke-100
    c)antara angka yang merujuk tahun dengan akhiran-an
    -tahun 20-an,tahun 50-an
    d)Antara huruf kecil dgn huruf besar
    -Huruf besar iaitu merujuk kepada tuhan atau nama khas
    -Tanda sempang ini digunakan untuk memisahkan huruf besar dengan huruf kecil
    -Contoh_Hamba-mu,Rahmat-nya,Pro-Malaysia,Pan-Malaysia.
Tanda baca seru(!)
-Tanda seru hadir di akhir ayat seruan
-Salah sekiranya tanda seru diletakkan selepas kata seru.
-Cnth:Wah!cantiknya baju itu
         :Aduh!sakit kakiku.

Sepatutnya,Wah,cantinya baju itu!

Kata Ganti Nama Singkat

Kata Ganti Diri Singkat
Penerangan
Ayat Contoh
kau
Asal daripada kata ‘engkau’.
Digunakan pada awal kata yang dirapatkan dengan kata yang menyertainya.


1. “Surat ini hendaklah   kaubaca,” pinta Encik Hashim.

2. Lukisan yang kaulukis sangat cantik.

ku
Asal daripada kata ‘aku’. Digunakan pada awal atau akhir kata yang ditulis rapat.

1. Kata Dian, “Lagu ini kutujukan untuk Shila yang berada di Johor.”

2. “Aduh, sakitnya perutku!” kata Hisham.

mu
Asal daripada kata ‘kamu’. Digunakan pada akhir kata sahaja.

1. Hasratmu akan kutunaikan.

2. “Adikmu pandai menyanyi,” kata Irfan kepada Faqihah.

nya
Asal daripada kata ganti nama diri ketiga (dia).
Digunakan pada akhir kata sahaja.
1. Kakaknya menuntut di Jepun.

2. Setiap kesalahan akan menerima balasan-Nya.


Latihan Kata Ganti Diri Pertama
  1. "Kedatangan aku ke mari membawa hajat yang besar, Manisah," kata Ziana kepada rakan karibnya itu.
  2. Saya berasa bertuah menjadi rakyat Malaysia.
  3. "Berani awak mengingkari perintah beta," titah baginda sultan dengan murkanya.
  4. Kata Bendahara Melaka, "Patik menjunjung perintah, tuanku."
  5. Adakah engkau masih ingat akan daku?
  6. "Jangan hamba dihina begini," rayu saudagar itu kepada Malim Kundang.
  7. Ami dan John memberitahu cikgu mereka,"Kami tidak tahu membuat projek itu."
  8. Bahasa Malaysia ialah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara kita.
Kata Ganti Diri Kedua
  1.  Awak pekerja yang patuh
  2. Kamu semua adalah murid yang baik
  3. Guru mencari engkau.
  4. Anda semua dinasihati membaca soalan dengan teliti.
  5. Tunku akan bersiram sekejap lagi.
Kata Ganti Diri Ketiga
  1. Dia pegawai pendidikan.
  2. Mereka itu orang India.
  3. Baginda sedang bertitah di atas singgahsana.
  4. "Sekiranya dada halangan, ……. akan berangkat esok pagi ,” kepada bendahara.
Latihan Kata Kerja Transitif
  1. Encik Shaari mengasah parang-parang itu sehingga tajam.
  2.  Puan Maria menyiram pokok-pokok bunga orkidnya pada waktu petang.
  3. Azila sedang menidur adiknya di dalam buaian.
  4. Zulkarnain mengisi borang permohonan untuk memasuki maktab itu dengan teliti.
  5. Abang Azhar pergi ke bandar dengan menunggung motosikal.
  6. Monyet itu memanjat pokok kelapa untuk mengambil buah kelapa muda.
Kata Kerja Tak Transitif
  1. Rohaimi selalu mandi di sungai itu dengan kawan-kawannya.
  2. Penyanyi baru itu menyanyi dengan penuh semangat.
  3. Murid-murid Tahun Enam Anggerik sedang berlatih di dewan sekolah.
  4.  Rosli terjatuh ke dalam longkang di hadapan rumahnya petang semalam.

Ahad, 6 Ogos 2017

Bab 2 Mengapa Bahasa Melayu Dipilih Sebagai Bahasa Kebangsaan?


TUJUAN:Tujuan Bahasa Melayu dipilih menjadi bahasa kebangsaan adalah untuk mewujudkan identiti dan integrasi nasional melalui Bahasa Melayu.



Sebab:Bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa kebangsaan kerana:-



1.Bahasa Kaum Majoriti.

2.Bahasa Kaum pribumi yang meluas penggunaannya

3.Bahasa yang menjadi alat komunikasi antara kaum.



Sejarah membuktikan bahawa Bahasa Melayu telah diterima sebagai lingua franca atau bahasa komunikasi utama sejak zaman kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 lagi,Bahasa ini digunakan secara meluas dalam bidang perdagangan dan hubungan diplomatik.

Dalam kitab sejarah Melayu menyebutkan bagaimana para pedagang bertungkus lumus mempelajari Bahasa Melayu dan menguasainya bagi memudahkan mereka berurusan dengan pemimpin dan masyarakat setempat yang telah lama menggunakan bahasa itu.

Dalam konteks hubungan antarabangsa surat-surat rasmi dan dokumen perjanjian turut menggunakan Bahasa Melayu bertulis jawi.Ini  membuktikan bahasa Melayu dapat difahami oleh pelbagai kaum termasuk pihak british.Kalau mereka tidak mengerti pun ada munsyi atau guru bahasa Melayu yang akan mengajar mereka.

Begitu juga dokumen-dokumen lain seperti undang-undang tubuh negeri-negeri Melayu telah menggunakan Bahasa Melayu dengan tulisan jawi sebagai medium.Semua ini membuktikan kepada kita betapa Bahasa Melayu pernah mencapai tahap yang tertinggi dan digunakan sehingga ke peringkat antarabangsa.

Memandangkan Bahasa Melayu telah diguna sekian lama sebagai bahasa rasmi dan basahan,sebagai bahasa komunikasi dan persuratan maka Bahasa Melayu telah dipersetujui dan disepakati bersama oleh pemimpin pelbagai kaum di negara ini agar menjadi bahasa Kebangsaan bagi persekutuan Malaysia yang merdeka pada tahun 1957.

Malahan permuafakatan pelbagai kaum itu dirakamkan dalam bentuk dokumen tertinggi dan luhur iaitu Perlembagaan Negara sepertimana yang termuat dalam perkara 152,para 1 sebagai bahasa bagi persekutuan Tanah Melayu atau Malaysia yang merdeka.

Maka sejak itu Bahasa Melayu berkembang luas penggunaannya termasuk menjadi bahasa perantaraan di sekolah-sekolah dan menjadi bahasa rasmi di semua agensi kerajaan termasuk di mahkamah.

Jelas sekali Bahasa Melayu telah diiktiraf oleh semua kaum sebagai bahasa utama dan dapat digunakan bersama untuk mencapai matlamat perpaduan.

Fungsi Bahasa Melayu
Definisi Bahasa:Bahasa rasmi ialah bahasa yang digunakan secara meluas oleh pihak kerajaan sesebuah negara dari peringkat menteri hinggalah ke peringkat bawahan.

Pengenalan Bahasa Rasmi:

  • Tergolong dalam bahasa inklusif iaitu salah satu bahasa yang ditemtkan atas bahasa atau bahasa-bahasa yang sedia ada.
  • Antara ahli perancang bahasa terkenal ialah Bruno Migliorimi dan Sprang Hansen
  • Sebagai lambang serta simbol identiti sebuah negara merdeka.
Bahasa yang digunakan dalam pentadbiran sesebuah negara terutamanya dalam urusan rasmi.
Fungsi Bahasa Rasmi
  • Sebagai bahasa lisan para pegawai kerajaan sewaktu mereka menjalankan tugas rasmi negara.
  • Media pelbagai urusan surat menyurat dalaman dan antara jabatan kerajaan.
  • Digunakan dalam semua rekod kerajaan 
  • Sebagai media untuk menulis semua undang-undang negara dan pentadbiran.
Digunakan dalam semua jenis borang-borang rasmi negara.

Definisi Bahasa Kebangsaan

Bahasa Kebangsaan ialah bahasa yang melambangkan identiti dan kedaulatan negara untuk tujuan perpaduan.

Pengenalan Bahasa Kebangsaan 
  • Bahasa Melayu diistiharkan sebagai Bahasa Kebangsaan Malaysia,termaktub dalam perlembagaan Malaysia iaitu:
  • Perkara 152 perlembagaan Malaysia 
  • Akta Bahasa Kebangsaan,1963/67(disemak 1971)
  • Pemberitahuan undang-undang No.410(tahun 1967)
Fungsi Bahasa Kebangsaan
  • Menyatukan rakyat 
  • Menegakkan persatuan antara kaum-kaum yang mendiami negara ini
  • Menggalakkan pertubuhan satu corak kebudayaan yang meliputi semua aliran kebudayaan yang terdapat di dalamnya.
  • Mewujudkan satu budaya,satu Bangsa Malaysia yang mempunyai identiti keperibadian yang dapat dibanggakan dan penuh dengan kesetiaan kepada negara.
Sebagai alat komunikasi dan pendapat,bahasa harus dikawal supaya dapat memberi manfaat kepada manusia sebagai alat perpaduan kaum.
Aspek Pemilihan
1.Sosial
2.Ekonomi
3.Politik 
Penigkatan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan 
  • kesedaran orang melayu terhadap Bahasa Melayu
  • Keperluan untuk memperoleh sokongan terhadap negara dan dasar-dasarnya.
Defini Bahasa Ilmu
Bahasa ilmu ialah satu saluran untuk menyampaikan sesuatu perkara berkaitan penemuan atau satu hasil kajian
Sejarah Bahasa Ilmu
Pernah menjadi Lingua Franca atau Bahasa perantaraan di Nusantara.
1.Mencapai taraf Bahasa Ilmu sejak beberapa abad lalu disebabkan oleh:
-Adanya Islam yang membawa fahaman intelektualisme dan Rasionalisme.
2.Kegemilangan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu memuncuk pada zaman kebesaran kerajaan Acheh,dalam abad ke-17 sebabnya:
-Muncul pemikir melayu yang menghidupkan tradisi ilmu dengan menggunakan Bahasa Melayu seperti Hamzah Fansuri,Syamsuddin Pasai,Abdul Rauf Singkel,dan Nuruddin Al-Raniri.
  • Tokoh-tokoh yang meluaskan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu ke daerah lain di Nusantara ialah:-
    -Abdul Samad al-Falambani di palembang.
    -Arsyad Al-Banjiri di Banjar Masin
    -Mohd Ismail Daut Pattani di Patani
    -Raja Ali Haji di Riau
  • Apabila Malaysia mencapai kemerdekaan,soal kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ilmu menjadi salah satu keutamaan dalam dasar pendidikan kebangsaan.
  • Langkah Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ilmu disarankan dalam Laporan Razak 1996 dan kemudian diperkuat dalam Laporan Abdul Rahman Talib 1960
  • Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ilmu di institut pengajian tinggi bermula pada tahun 1983.

    Fungsi Bahasa Ilmu
  • Menyesuaikan penemuan-penemuan baru dari lingkungan lain ke lingkungan tertentu.
  • Menerangkan kaedah khas di dalam lingkungan yang baru yang menimbulkan masalah dan memerlukan penelitian.
  • Penemuan-penemuan baru dalam bentuk tulisan dari bahasa asing dapat difahami oleh pembacanya,tanpa menimbulkan keraguan penafsiran dalam Bahasa Melayu.
  • Memudahkan kerjasama pelbagai kaum bagi memajukan bidang ilmu.

    Definisi Bahasa Pengantar
  • Bahasa yang telah ditetapkan oleh sesebuah negara sebagai bahasa yang digunakan untuk sistem pendidikannya seperti bahasa Melayu di sekolah-sekolah kebangsaan,Bahasa Cina di sekolah rendah jenis kebangsaan Cina,dan bahasa Tamil di sekolah jenis kebangsaan Tamil.
  • Bahasa-bahasa di atas,ini telah ditetapkan oleh Laporan Pelajaran Dtuk Abdul Razak Hussein(1956) dan Laporan Pelajaran Datuk Abdul Rahman Talib(1960),sebagai bahasa pengantar.

    Fungsi Bahasa Pengantar
  • Bahasa Melayu di Malaysia juga memperlihatkan fungsinya sebagai bahasa pengantar lama sebelum dijadikan Bahasa Kebangsaan.
  • Bahasa Melayu di Malaysia menjadi bahasa pengantar anatara kaum terutama sekali orang-orang yang tidak mempunyai pendidikan sekolah inggeris adalah Bahasa Melayu.
  • Antara orang-orang cina,melayu,india dan sebagainya,alat komunikasinya adalah Bahasa Inggeris jika kesemua pihak mengetahui Bahasa Inggeris,tetapi jika salah satu pihak atau kesemua pihak tidak mengetahui Bahasa Inggeris maka alat komunikasi antara kaum itu adalah Bahasa Melayu.

    Definisi Bahasa Perpaduan
  • Bahasa perpaduan ialah satu alat yang digunakan bagi menyatupadukan antara satu kaum dengan kaum yang lain.

    Fungsi Bahasa Perpaduan
  • Peranan Bahasa sebagai alat menyatupadukan bangsa tidak dapat dipertikaikan lagi.Sebagai contohnya,di India Bahasa Inggeris dijadikan Bahasa rasmi setelah berlaku pertikaian bilamana kaum Tamil telah menentang usaha-usaha untuk menjadikan Bahasa hindi sebagai Bahasa rasmi.
  • Bahasa Melayu menjadi Bahasa pergaulan atau Bahasa  perhubungan di antara susku-suku bangsa diseluruh nusantara.Bahasa Melayu bukan setakat digunakan sebagai lingua franca malah Bahasa yang menimba ilmu pengetahuan tinggi sejajar dengan Bahasa-Bahasa lain didunia.
  • Perlembagaan Brunei meletakkan asas yang penting bagi Bahasa Melayu sebagai Bahasa rasmi Negara yang bukan sahaja digunakan sebagai Bahasa perpaduan rakyat tetapi juga dipakai dalam urusan rasmi Negara
  • Dewan Bahasa dan pustaka Brunei berusaha menanamkan kesabaran di kalangan rakyat iaitu Bahasa Melayu adalah Bahasa yang dapat dijadikan alat menyatupadukan fikiran,usaha dan fahaman dalam memperjuangkan kepentingan-kepentingan membangun.


Tokoh Negara

                                                            Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Laungan Merdeka oleh Tunku Abdul Rah...