Label

Sabtu, 9 September 2017

Bab 8:Ragam Ayat

Ragam Ayat
1. Terdapat empat jenis ragam ayat dalam bahasa Malaysia, iaitu:
(a) ayat penyata;
(b) ayat tanya;
(c) ayat perintah;
(d) ayat seruan.
2. Keterangan dan contoh ayatayat tersebut adalah seperti berikut:
(a) Ayat penyata
1. Ayat yang menceritakan sesuatu hal atau memberitahu tentang sesuatu hal.
2. Ayat penyata dikenali juga sebagai Ayat Berita atau Ayat Keterangan.
Ayat penyata ialah ayat yang menyatakan atau menerang­kan sesuatu cerita, benda, kejadian, dan sebagainya.
Contohnya:
i. Kakak sedang menyiram bunga.
ii. Lembu itu akan dijual.
Budak-budak itu bermain di tepi longkang.
(b) Ayat tanya
1. Ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal.
Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu perkara, tempat, benda, manusia, binatang dan sebagainya.
2. Ayat tanya terbahagi kepada dua iaitu :
a. Ayat Tanya Dengan Kata Tanya.
b. Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya.
Contohnya:-
i. Berapakah harga kasut itu?
ii. Sudahkah adik minum susu?
iii. Bagaimanakah layanglayang itu dibuat?

Ayat Tanya Dengan Kata Tanya.
1. Ayat ini menggunakan kata tanya seperti apa, siapa, berapa, bila, mana, bagaimana, kenapa dan mengapa.
2. Diakhiri dengan partikel -kah.
Contoh : Siapakah nama bapa kamu ?
Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya
1. Ayat ini tidak menggunakan kata tanya.
2. Ayat ini diucapkan dengan meninggikan nada suara pada akhir ayat penyata.
3. Dalam penulisan, lambang tanda tanya digunakan ( ? )
contoh : Kamu belum hantar buku itu ?
(a) Ayat perintah

1. Ayat yang digunakan untuk menyuruh seseorang melakukan sesuatu.
Ayat perintah ialah ayat yang menyuruh, melarang, mempersilakan, atau meminta seseorang melakukan sesuatu.

2. Ayat perintah terbahagi kepada
a. Ayat Suruhan
b.Ayat Permintaan
c.Ayat Larangan
d.Ayat Silaan
Contohnya:

B. Ayat Suruhan
1. Ayat ini bertujuan memberi arahan atau perintah.
2. Partikel -lah boleh digunakan untuk tujuan melembutkan ayat.
Contoh : Hantarlah buku itu sebelum pulang.
Turunlah dari sini sekarang juga.
Cuci kasut kamu. (suruhan)

C. Ayat Permintaan
1. Ayat ini bertujuan memohon pertolongan dan permintaan.
2. Ia menggunakan perkataan tolong dan minta pada permulaan ayat.
Contoh : Tolong bawakan minuman ini ke dapur.
Minta hadirin semua bergerak ke ilik jamuan.
Tolong jemurkan pakaian itu. (permintaan)

D. Ayat Larangan
1. Ayat ini bertujuan melarang melakukan sesuatu .
2. Ia menggunakan kata silaan seperti usah, tak usah dan jangan.
3. Partikel -lah boleh digunakan untuk melembutkan ayat.
Contoh : Jangan minum air itu.
Usahlah menangis lagi.
Jangan petik bungs itu.(Iarangan)

E. Ayat Silaan
1. Ayat ini bertujuan mempersilakan atau menjemput seseorang.
2. Ia menggunkan kata silaan seperti sila dan jemput pada permulaan ayat.
3. Partikel -lah boleh digunakan.
Contoh : Sila bawa sejadah bila ke surau.
Jemputlah menikmati
Datanglah ke rumah saya. (silaan)
(d) Ayat seruan
Ayat seruan diucapkan untuk melahirkan perasaan seperti takut, marah, hairan, dan terkejut, sakit, hairan dan sebagainya.
Ayat seruan diakhiri dengan tanda seru ( ! )
3. Tanda seru biasanya terletak diakhir ayat.
4. Ayat seru dimulai oleh kata seru seperti Oh, Cis, Wah, Amboi dan sebagainya.
Contohnya:
i. Amboi, cantiknya baju kamu!
ii. Aduh, sakitnya perut aku!
Oh, dia sudah pergi ke sekolah !

Ayat Aktif dan Ayat Pasif
1. Kedua-dua ayat ini berlainan bentuk stuktur perkataannya tetapi mempunyai maksud sama.
2. Ayat Aktif ialah ayat yang menekankan objek.
3. Ayat Pasif menerangkan benda atau orang yang dikenakan perbuatan ke atasnya.
4. Ayat aktif ialah ayat yang kata kerja berawalan men. Contohnya:
(a) Emak memasak nasi. dan sebagainya
(b) Pasukan pengakap telah mendirikan khemah itu.
(c) Ketua murid menaikkan bendera sekolah.

Bab 7: Sintaksis

Sintaksis
  • Sintaksis ialah cabang ilmu bahasa yangmengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat.
  • Sintaksis bukan sahaja mengkaji prosespembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum yangmenentukan bagaimana perkataan disusundalam ayat.
Konsep Ayat

  • Unit pengucapan yang tertinggi dalamsusunan tatabahasa.
  • Mengandungi makna atau idea yang lengkap.
  • Diucapkan dengan intonasi yang sempurna.
  • Pola ayat inti terbahagi kepada empat jenis pola berdasarkan jenis-jenis unsur yang hadir dalam konstituen subjek dan konstituen predikat.
  • Konstituen ini boleh terdiri daripada frasa nama,frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama.Pola-pola ayat inti ini adalah gabungan frasa- frasa tersebut. 
Unsur/Komponen Ayat
  • Sesuatu ayat mesti mengandungi subjek dan predikat.Dalam struktur dasarnya, ayat terbentuk daripada susunansubjek diikuti oleh predikat.

    Ayat → subjek + predikat

    Contoh: Siti + membaca buku di dalam biliknya.
    Siti - subjek.
    Membaca buku di dalam biliknya - predikat
  • Selain subjek dan predikat, sesuatu ayat mungkin juga mengandungi objek, pelengkap dan keterangan/penerang.Objek ialah unsur yang hadir selepas frasa kerja transitif.Oleh itu, objek ialah sebahagian daripada predikat.

    Contoh: Ali + memukul ular itu.
    Ali - subjek
    Memukul ular itu - predikat
    Memukul - frasa kerja transitif
    Ular itu - objek
  • Pelengkap pula ialah unsur yang hadir selepas sesetengahfrasa kerja tak transitif. Oleh itu, pelengkap juga ialahsebahagian daripada predikat.

    Contoh: Siti + pergi ke sekolah.
    Siti - subjek
    Pergi ke sekolah – predikat
    Pergi - frasa kerja tak transitif
    Ke sekolah - pelengkap
  • Keterangan boleh hadir dalam pelbagai posisi ayat tetapi iaboleh dibahagikan kepada dua kategori utama, iaituketerangan subjek dan katerangan predikat. Keterangansubjek hadir sebelum/selepas subjek dan membentuksebahagian daripada subjek.

Contoh: Seorang pelajar + dipilih untuk menyertai programitu.
Seorang pelajar - subjek
Seorang - keterangan (bilangan


Jenis-jenis ayat

  • Pada umumnya terdapat dua jenis ayat sahaja iaitu ayat dasar dan ayat terbitan.
Ayat Dasar

Ayat yang belum melalui proses transformasi, iaitupenyisipan/penambahan, pengguguran atau pergerakan unsur(perkataan/frasa/klausa). Ia ialah ayat asal yang daripadanyaditerbitkan ayat jenis lain (ayat terbitan).Ada empat pola ayat dasar (berdasarkan susunan subjek + predikat).
  • a) FN + FN=Siti + guru.
  • b) FN + FAdjektif=Siti + pandai.
  • c) FN + FSN (sendi nama)=Siti + di dalam bilik.
  • d) FN + FKerjaSiti + tidur.
JenisAyat Terbitan

Ayat terbitan diterbitkan daripada ayat dasar melalui mana-manaproses transformasi. Dari segi bilangan klausa yang terdapat didalamnya, ayat terbitan dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaituayat tunggal dan ayat majmuk. Dari segi tujuan pula, ayatterbitan dapat dibahagikan kepada beberapa jenis. Antaranyaadalah penyata, ayat soal, ayat perintah dan ayat seru.
  1. Ayat Tunggal
    Ayat yang mengandungi satu klausa/ayat sahaja.
    Contoh: Siti guru sekolah rendah.
    Siti tidur di dalam biliknya
  2. Ayat Majmuk
    Ayat yang mengandungi dua atau lebih klausa di dalamnya. Berdasarkanstatus klausayang menganggotainya, ayat majmuk dapat dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu gabungan, pancangan dan campuran.
Ayat Majmuk GabunganAyat majmuk gabungan Ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat/klausa yang sama taraf(tiadaayat/klausa induk). Sebagai contoh, enam ayat yang berikut boleh digabungkanmenjadi satu ayat majmuk.
  1.  Dia pandai menyanyi.
  2.  Dia pandai berlakon.
  3. Dia pandai menggubah lagu.
  4. Dia pandai mengarah filem.
  5. Dia pandai menulis skrip.6. Dia pandai berlawak.
Ayat majmuk pancangan
  • Ayat yang mengandungi dua ayat yang tidak sama taraf (satu ayat indukdan satulagi ayat kecil / klausa).
  • Nota: Ayat induk ialah ayat yang wujud secara bebas (tidak bergantungpada kewujudanayat lain) sementara ayat kecil ialah ayat yang wujud secara terikat(kewujudannyabergantung pada kewujudan ayat induk).
  • Dari segi jenis kata hubung yang berfungsi menghubungkan klausa indukdenganklausa kecil di dalamnya, ayat majmuk pancangan dapat dibahagikan kepada duaj enis, iaitu komplemen dan relatif.
Ayat majmuk pancangan komplemen (”bahawa”,”supaya”/”agar”)
  • Dia menegaskan bahawa kejayaannya dicapai melalui usaha danpengorbanan.
  • Ayat induk : Dia menegaskan ”sesuatu”.
  • Ayat kecil : bahawa kejayaannya dicapai melalui usaha danpengorbanan.
  • Perhatikan: Kewujudan ayat kecil ”bahawa kejayaannya dicapaimelalui usahadan pengorbanan” adalah terikat dengan kewujudan ayat induk ”dia menegaskan sesuatu”.
Ayat majmuk pancangan relatif (”yang”)

  • Orang yang meminjam buku itu (ialah) Ali.Ayat induk : Orang meminjam buku itu.Ayat kecil : Orang itu (ialah) Ali
  • .Ayat Majmuk Campuran
  • Ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat pelbagai jenis.
  • Contoh: Ali membaca buku tetapi kawan-kawannya yang keletihan telah tidur nyenyak di dalam bilik masing-masing.Ali membaca buku. – ayat dasar.Kawan-kawannya yang keletihan .... – ayat majmuk pancangan relatif.
Ragam Ayat
1
.terdapat empat jenis ragam ayat dalam bahasa Malaysia, iaitu:
  1. Ayat penyatat
  2. ayat tanya
  3. ayat perintah
  4. ayat seruan.
2.Keterangan dan contoh ayatayat tersebut adalah seperti berikut:
(a) Ayat penyata
  •  Ayat yang menceritakan sesuatu hal atau memberitahu tentang sesuatuhal.
  • Ayat penyata dikenali juga sebagai Ayat Berita atau Ayat Keterangan.Ayat penyata ialah ayat yang menyatakan atau menerang­kan sesuatucerita, benda, kejadian, dan sebagainya.
    Contohnya:i. Kakak sedang menyiram bunga.ii. Lembu itu akan dijual.Budak-budak itu bermain di tepi longkang
(B)Ayat tanya
  • Ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal.Ayat tanya ialah ayat yang digunakanuntuk menanyakan sesuatu perkara, tempat, benda, manusia,binatang dan sebagainya.
  • Ayat tanya terbahagi kepada dua iaitu:-
  • Ayat Tanya Dengan Kata Tanya.
  • Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya.
Ayat Tanya Dengan Kata Tanya.
  • Ayat ini menggunakan kata tanya seperti apa, siapa, berapa, bila,mana, bagaimana, kenapa dan mengapa.
  • Diakhiri dengan partikel -kah.Contoh : Siapakah nama bapa kamu ?
Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya
  •  Ayat ini menggunakan kata tanya 
  • Ayat ini diucapkan dengan meninggikan nada suara pada akhirayat penyata.
  • Dalam penulisan, lambang tanda tanya digunakan ( ? )contoh : Kamu belum hantar buku itu ?
Ayat perintah
  • Ayat yang digunakan untuk menyuruh seseorang melakukan sesuatu.Ayat perintah ialah ayat yang menyuruh, melarang,mempersilakan, ataumeminta seseorang melakukan sesuatu.
  • Ayat perintah terbahagi kepada. Ayat Suruhan,Ayat Permintaan,Ayat Larangan,Ayat Silaan.
 Ayat Suruhan
  • Ayat ini bertujuan memberi arahan atau perintah.
  • Partikel -lah boleh digunakan untuk tujuan melembutkan ayat.Contoh : Hantarlah buku itu sebelum pulang.Turunlah dari sini sekarang juga.Cuci kasut kamu. (suruhan)
Ayat Permintaan

  • Ayat ini bertujuan memohon pertolongan dan permintaan.
  • Ia menggunakan perkataan tolong dan minta pada permulaanayat.Contoh : Tolong bawakan minuman ini ke dapur.Minta hadirin semua bergerak ke ilik jamuan.Tolong jemurkan pakaian itu. (permintaan)
 Ayat Larangan
  • Ayat ini bertujuan melarang melakukan sesuatu .
  • Ia menggunakan kata silaan seperti usah, tak usah dan jangan.
  • Partikel -lah boleh digunakan untuk melembutkan ayat.Contoh : Jangan minum air itu.Usahlah menangis lagi.Jangan petik bungs itu.(Larangan)
Ayat Silaan

  • Ayat ini bertujuan mempersilakan atau menjemput seseorang.
  • Ia menggunkan kata silaan seperti sila dan jemput padapermulaan ayat.
  • Partikel -lah boleh digunakan.Contoh : Sila bawa sejadah bila ke surau.Jemputlah menikmatiDatanglah ke rumah saya. (silaan)
Ayat seruan
  • Ayat seruan diucapkan untuk melahirkan perasaan seperti takut,marah, hairan, dan terkejut, sakit, hairan dan sebagainya.Ayat seruan diakhiri dengan tanda seru ( !)
  • Tanda seru biasanya terletak diakhir ayat.
  • Ayat seru dimulai oleh kata seru seperti Oh, Cis, Wah, Amboi dansebagainya.Contohnya:i. Amboi, cantiknya baju kamu!ii. Aduh, sakitnya perut aku!Oh, dia sudah pergi ke sekolah !

Proses Penerbitan Ayat
Terdapat tiga proses penerbitan ayat, iaitu penambahan/penyisipan,pengguguran dan penyusunan semula/pemindahan unsur. Dalambahagian ini akan dibincangkan proses yang dapat menerbitkan ayatyang posisi pangkalnya tidak diisi oleh frasa nama. Dengan kata lain,ayat yang tidak bermula dengan frasa nama. Hal ini perlu dijelaskankerana ada orang berpandangan bahawa sesetengah jenisperkataan/frasa, misalnya kata tunjuk dan frasa sendi nama, tidakboleh mengisi posisi ini.


      Jumaat, 8 September 2017

      Bab 6: Pembentukan Kata Nama

      Pembentukan Kata Nama
      1. Kata Nama Tunggal.
      2. Kata Nama Terbitan.
      3. Kata Nama Majmuk.
      4. Kata Nama Ganda.
      Kata Nama Tunggal

      perkataan yang terdiri daripada satu morfem bebas dan tidak mengalami pengimbuhan, pergandaan, dan pemajmukan.Contohnya:-dunia          zoo          wanita       Kampung
      Keris         garam      tudung         belantara
      keldai        negeri       pagar        Demokrasi
      gong          dam       lengkuas       malaikat


      Jenis Kata Tunggal

      • Kata tunggal satu suku kata
      • Kata tunggal dua suku kata
      • kata tunggal tiga suku kata
      • kata tunggal empat suku kata lebih
      • kata akronim
      Bentuk kata Tunggal Satu Suku Kata
      1.  KV={yu,ru,ya}  
      2. VK={am}
      3. KVK={cat,wang,bah}
      4.  KKVK={stor,gred,skor}
      5. KVKK={teks,bank,zink} 
      6.  KKKV={skru}
      7. KKKVK={skrip,spring,straw}
      Bentuk Kata Tunggal Dua Suku Kata
      1. V + KV = { aku,apa, ubi} 
      2.  V +VK= {air,aur,ais}
      3. V + KVK= {adik,emas,ubat}
      4. VK+ KV= {undi,impi ,angkan}
      5. VK + KVK={ambil,umpan,angkat} 
      6. KV + V= {Dua,doa,tua}
      7.  KV + VK= {jauh,tuah,buah}
      8. KV +KV= {jala,pasu,buku} 
      9. KV +KVK= {kapal,telur,sikat}
      10. KVK + KV= {lampu,binti,tunggu} 
      11. KVK +KVK= {bangsal,bintang,tampung}
      Bentuk Kata Tunggal Tiga Suku Kata
      1.  KV+ V+KV= {cuaca,suara,tuala} 
      2.  KV+V+KVK= {biawak,piutang,ziarah}
      3. V+KV+V= {usia,idea,urea} 
      4. KV+KV+V={semua,mulia,kaedah}
      5. KVK+KV+V={{tempua,mentua,sempua}
      6. KV+KV+VK={keruan,seluar,haluan} 
      7. KVK+KV+VK={mengkuang,mendiang, berlian}
      8.  V+KV+KV={udara,utama,irama}
      9. V+KV+KVK={ijazah,amanah,akidah} 
      10.  VK+KV+KV={asmara,antara,isteri}
      11. KV+KV+KV={keliru,budaya,sutera}
      12. KVK+KV+KV={menteri,bendera,mentega 
      13.  VK+KV+VK={ilmiah,ikhtiar} 
      14. V+KV+VK={akaun,elaun,amaun} 
      15.  KV+KV+KVK={belalang,senapang, senangin}
      16.  KVK+KV+KVK={tempurung,matlamat,cendawan} 
      17.  KV+KVK+KV={belanja,kerengga,keranda 
      18. KVK+KVK+KV={sempurna}
      19. KV+KVK+KVK={kelongsong,belimbing}

      Bentuk Kata Tunggal Empat Suku Kata Atau Lebih

      1. KV+KV+VK+KV={keluarga,biduanda} 
      2. KV+KVK+KV+KV={sederhana,sayembara} 
      3. KVK+KV+KV+KV+{laksamana,sandiwara} 
      4. KVK+KV+V=KV={sentiasa}
      5.  KV+KV+KV+KV={bidadari,serigala}
      6.  KV+KV+KV+KVK={munasabah,hulubalang} 
      7.  KVK+KV+KV+KVK={sentimeter}
      8.  KVK+KVK+KV+KV={singgahsana, }
      9. KV+KV+V+KVK={mesyuarat,nasional}
      10.  V+KV+KVK+KV+KV={universiti}
      11. KVK+KV+KV+KV+KVK={cenderawasih}
      12. KV+KV+KV+KV+KV+KV={maharajalela}

      Bentuk Kata Akronim
      Akronim boleh ditulis dalam 3 cara. Gabungan beberapa huruf awal rangkai kata Gabungan suku kata dengan huruf awal/gabungan suku kata dengan suku kata Gabungan suku kata dengan suku kata (ditulis dengan huruf kecil kesemuanya)


      • Gabungan beberapa huruf awal rangkai kata 
      •  Gabungan suku kata dengan huruf awal/gabungan suku kata dengan suku kata
      • Gabungan suku kata dengan suku kata (ditulis dengan huruf kecil kesemuanya)
      Gabungan Beberapa Huruf Awal Rangkai Kata
      • ABIM:Angkatan Belia Islam Malaysia 
      • IKIM:Institut Kemahiran Islam Malaysia 
      • ADUN: Ahli Dewan Undangan Negeri
      Gabungan Suku Kata  Dengan Huruf  Awal/Gabungan Suku Kata  Dengan Suku Kata
      • Mara:Majlis Amanah Rakyat
      • Perkim:Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia 
      • Bernama:Berita Nasional Malaysia
      Gabungan Suku Kata Dengan Suku Kata(ditulis  dengan huruf kecil kesemuanya)
      • tabika:taman bimbingan Kanak-kanak 
      • kugiran:Kumpulan gitar rancak 
      • cerpen:cerita pendek
      Kata Nama Terbitan
      • Kata nama Terbitan wujud apabila kata nama am diberi imbuhan. 
      • Imbuhan yang membentuk kata nama terbitan boleh diletakkan di awal kata ( awalan ) di akhir kata ( akhiran ) di awal dan di akhir kata ( apitan ) di pertengahan kata (sisipan)
      Kata Terbitan Bersisipan
      Wujud dalam Kata Nama, Kata Adjektif dan Kata Kerja contoh:-
      Sisipan kata nama.

      • -el- (kelengkeng,telunjuk,kelabut) 
      • -er- (keruping,seruling,serabut)
      Sisipan kata adjektif.

      •  -el- (kelebek,selerak,gelembung) 
      • -er- (gerodak) 
      • -em- (gemilang,semerbak,gemerlap) 
      • -in- (sinambung) 
      Sisipan kata kerja

      • -el- (jelajah,gelegak)
      Kata Majmuk
      • Perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan dua kata dasar atau lebih 
      • Perkataan yang terhasil membawa makna tertentu, bertindak sebagai satu unit dan lazimnya dieja terpisah. Contoh: kerusi malas, terima kasih ,biru laut, telefon dail terus.
      • Kata majmuk hendaklah dibezakan daripada frasa. 
      •  Dua perkataan digabungkan menjadi kata majmuk bertindak sebagai satu unit dengan maksud tidak boleh menerima sebarang penyisipan.
      • Contoh: Antara rumah batu, tidak dapat disisipkan perkataan yang (*rumah yang batu) atau perkataan dan (*rumah dan batu).
      Bentuk Kata Majmuk

      •  Kata majmuk istilah khusus 
      • Kata majmuk rangkai kata bebas 
      • Kata majmuk simpulan bahasa atau kiasan
      Kata Majmuk Rangkai Bebas
      • Alat tulis 
      • Jalan raya 
      • Penolong Pengarah 
      • Terima kasih 
      • Timbalan Pengarah 
      • Jam tangan 
      Kata Majmuk Istilah Khusus
      • Keratan rentas
      • Garis lurus 
      • Jangka lukis 
      • Tabung uji 
      Kata majmuk simpulan bahasa atau kiasan
      • Batu api 
      • Duit kopi 
      • Senyum simpul 
      • Buah hati 
      • Makan hati 
      • Cepat tangan
      Kekecualian Bentuk Kata Majmuk 
      1Kata ini dieja sebagai satu perkataan walaupun sebenarnya terdiri daripada dua kata dasar.
      2.Bentuk ini dianggap sudah mantap dan disenaraikan seperti berikut:

      • apabila 
      • apahal 
      • apakala 
      • antarabangsa
      •  beritahu 
      • bagaimana 
      • bumiputra 
      • darihal 
      • daripada 
      • dukacita 
      • jawatankuasa 
      • kakitangan 
      • kerjasama 
      • kadangkala
      • padahal
      Penggandaan Kata Majmuk
      •  Apabila kata majmuk digandakan hanya melibatkan unsur pertama sahaja. 
      • Bagi kata majmuk yang terdiri daripada simpulan bahasa dan bentuk yang telah mantap, penggandaan melibatkan seluruh unsurnya seperti yang berikut: jam-jam tangan,persuruhjaya-persuruhjaya, jalan-jalan raya ,warganegara-warganegara ,timbalan-timbalan pengarah
      KATA GANDA 
      • Kata dasar yang mengalami proses pengulangan 
      • Berlaku dalam dua cara, iaitu yang melibatkan seluruh kata dasar dan pengulangan yang melibatkan sebahagian kata dasar sahaja.
      • Semua golongan kata yang terdiri daripada kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas dapat membentuk kata ganda.
      Jenis Kata Ganda
      • Penggandaan Penuh
      • penggandaan Separa 
      • Penggandaan Berentak

      Bab 4&5 Proses Pembetukan Kata

       PENGENALAN.
      Kata baru biasanya muncul dalam dalam suatu bahasa untuk mendukung konsep atau perkara yang baru timbul dalam masyarakat pengguna bahasa itu (Nik Safiah 1989: 239).


      Apabila masyarakat berkembang, banyaklah konsep, benda, proses, keadaan atau kejadian baru yang memerlukan kata baru untuk mengungkapnya. Akmajian (1995; 24) turut menjelaskan bahawa kemasukan kata baru ini kerap kali berlaku apabila penutur mencipta kata baru untuk menamai objek yang tidak wujud sebelumnya yang terhasil daripada perubahan teknologi.

                  Kata atau istilah dapat dibentuk melalui pelbagai proses seperti pengimbuhan, penambahan, analogi, akronim, peluasan makna, penterjemahan dan peminjaman (Amat Juhari 1985). Menurut Sager (1996), pembentukan kata dapat terdiri daripada penggabungan fonem atau morfem yang benar- benar baru. Malah, menurut Umar (1987), tidak ada pembentukan kata baru sama sekali jika pembentukan kata itu tidak dihubungkan dengan peminjaman atau penggunaan kata lama secara baru. Oleh itu, pembentukan kata biasanya bergantung pada unsur leksikal yang sedia ada. Kebergantungan pada unsur yang sedia ada ini terjadi apabila suatu bahasa itu tidak mempunyai ungkapan yang tepat untuk tujuan tertentu dan penutur biasanya menerima ungkapan sedia ada dan meluaskan maknanya. 

                  Secara amnya, teori bahasa sesuatu bahasa ialah tatabahasa. Tatabahasa bahasa menjadi asas untuk penglahiran bahasa yang indah dan mudah difahami oleh penggunanya.  Oleh itu bahasa dapat diekplotasikan untuk mewujudkan gaya dan laras bahasa yang tersendiri.  Dengan itu, bahasa mestilah tepat, lengkap, tuntas, lugas dan mudah difahami serta mencerminkan kebolehan dalaman penutur jati yang ideal.


      DEFINISI PEMBENTUKAN KATA.


      Nik Safiah Karim (2010), mendefinisikan perkataan ialah satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna yang terdiri daripada satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa. Perkataan dapat dibahagikan kepada empat jenis iaitu kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata ganda. Pembentukan kata dapat dilihat dari segi unsur-unsur  yang membentuknya, yakni unsur-unsur yang bagaimana dan juga hubungan paradigmatik antara unsur-unsur berkenaan. Unsur-unsur yang mendirikan kata adalah morfem dan penelitian tentang gabungan morfem menjadi kata itulah yang dikenal sebagai morfologi.


      PERBANDINGAN.


      Dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2010), Nik Safiah Karim menyebut cara membentuk perkataan ini sebagai 
      pembentukan katamanakala Abdullah Hassan di dalam Linguistik Am (2007), menyebutnya sebagai menerbitkan perkataan. Walaupun istilahnya berbeza tetapi membawa maksud yang sama iaitu tentang proses bagaimana cara membentuk perkataan dalam bahasa Melayu

      Menurut Nik Safiah Karim (2010), bahasa Melayu mempunyai beberapa cara membentuk perkataannya iaitu:


      •  Bentuk kata tunggal.
      •  Bentuk kata terbitan.
      • Bentuk kata majmuk.
      • Bentuk kata ganda.
      Mengikut buku Linguisti Am (2007),  pula Abdullah Hassan menyenaraikan tiga kaedah menerbitkan kata iaitu:

      • Pengimbuhan.
      • Penggandaan.
      • Pemajmukan.
      Bentuk Kata Tunggal.Menurut Nik Safiah Karim (2010), perkataan- perkataan dalam bahasa Melayu yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan dan perangkaian tergolong ke dalam jenis kata tunggal. Kata tunggal ini pula dibahagikan kepada beberapa jenis kata tunggal iaitu:
      • Kata tunggal satu suku kata.
      • Kata tunggal dua suku kata.
      • Kata tunggal tiga suku kata.
      • Kata tunggal empat suku kata dan lebih.
      Walaupun terdapat kata tunggal yang tidak pernah menerima apa-apa imbuhan seperti ini, itu, sini dan sana. Namun kebanyakan kata tunggal dalam bahasa Melayu mempunyai potensi untuk diperluas dan menjadi bentuk terbitan. Jika dilihat dari segi penyukuan kata, perkataan boleh mengandungi daripada satu suku kata atau beberapa suku kata. Sesuatu suku kata boleh terdiri daripada satu vokal sahaja atau vokal disertai satu konsonan atau satu vokal dengan beberapa konsonan. Konsonan- konsonan itu hadir di hadapan atau di belakang vokal atau serentak di hadapan dan di belakang. Ada konsonan yang boleh hadir secara bergugus (KK).
      Kata tunggal satu suku kata.


      Jumlah kata tunggal dengan satu suku kata dalam bahasa Melayu agak terhad. Ada antaranya merupakan pinjaman daripada bahasa asing terutamanya bahasa Arab dan bahasa Inggeris. Ada juga perkataan yang merupakan kependekan bagi perkataan dua suku kata atau lebih. Misalnya 
      ku untuk aku dan tu untuk itu. Tetapi perkataan sedemikian tidak dianggap perkataan satu suku kata. 

       Kata tunggal dua suku kata.
      Sebahagian besar daripada perkataan dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua suku kata. Antara pola kata tunggal dengan dua suku kata adalah seperti 
      aku, aur, angka, indah, tua, kuih, guru, bakul, bangsa dan bintang.

      Kata tunggal tiga suku kata.

      Jumlah kata tunggal dengan tiga suku kata agak kecil jika dibandingkan dengan kata tunggal dua suku kata. Namun begitu, pola- pola susunan konsonan- vokalnya  agak banyak. Kebanyakan perkataan tiga suku kata ini terdiri daripada kata- kata pinjaman. Contohnya, 
      tuala, ziarah, idea, deria, azali, istanasutera, jendela, akaun dan gelombang.

      Kata tunggal empat suku kata dan lebih.

      Terdapat sebilangan kecil kata tunggal yang terdiri daripada empat suku kata dan lebih. Kebanyakan perkataan ini ialah kata pinjaman. Antara contohnya ialah 
      keluarga, bijaksana, mandalika, dinihari, kapitalis, universiti dan maharajalela. 

                  Selain itu, kata akronim juga tergolong ke dalam jenis kata tunggal. Kata akronim boleh ditulis dengan cara:
      1.  Gabungan beberapa huruf awal rangkai kata – ABIM.
      2. Gabungan suku kata dengan huruf awal atau dengan suku kata – Mara.
      3. Gabungan suku kata dengan suku kata – tabika.
      Daripada contoh- contoh di atas, jelas kelihatan bahawa cara pembentukan kata akronim sebagai satu proses pemendekan dan penggabungan untuk membentuk kata mempunyai potensi dalam bahasa Melayu. Tetapi, pembentukkannya agak longgar iaitu tidak berdasarkan prinsip yang jelas. Oleh itu, proses pembentukan ini tidak digalakkan sebagai satu kaedah pembentukan kata untuk membentuk perkataan baharu atau kata istilah dalam bahasa Melayu. Abdullah Hassan tidak menyatakan cara pembentukan kata melalui bentuk kata tunggal di dalam buku Linguistik Am.

      Bentuk  Kata Terbitan / Pengimbuhan.


      Di dalan buku Tatabahasa Dewan (2010), Nik Safiah Karim menerangkan kata terbitan ialah bentuk perkataaan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan iaitu proses menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Pengimbuhan ini melahirkan bentuk perkataan yang disebut kata terbitan. Imbuhan terdiri daripada morfem terikat sementara kata dasar ialah bentuk morfem bebas yang dapat menerima imbuhan. Hanya segelintir kata dasar merupakan morfem terikat yang disebut akar. Imbuhan ialah bentuk morfem yang tidak boleh hadir bersendirian dalam ayat iaitu harus diimbuhkan pada bentuk yang lain yang merupakan kata dasar. Berdasarkan kepada kedudukannya pada kata dasar, imbuhan dapat dibahagikan kepada empat jenis iaitu :
       
      1.Kata terbitan berawalan (hadir sebelum kata dasar)

      •  Awalan kata nama.
      • Awalan kata kerja.
      • Awalan kata adjektif.
      2.Kata terbitan berakhiran (hadir sesudah kata dasar).
      • Akhiran kata nama.
      • Akhiran kata kerja.
      3.Kata terbitan berapitan (hadir secara mengapit kata dasar).
      •  Apitan kata nama.
      • Apitan kata kerja.
      • Apitan kata adjektif.
      4. Kata terbitan bersisipan (hadir dicelah kata dasar).
      • Kata Nama.
      • Kata Adjektif.
      • Kata Kerja.
      Manakala Abdullah Hassan (2007), menyebut kata terbitan sebagai pengimbuhan. Pengimbuhan ialah proses membentuk perkataan. Ia dilakukan dengan mencantumkan imbuhan kepada kata dasar. Kata dasar ialah perkataan major yang menerima imbuhan. Kata dasar juga boleh terdiri daripada morfem bebas atau terikat atau satu perkataan terbitan hasil daripada pengimbuhan, penggandaan dan pemajmukan. Imbuhan adalah morfem terikat iaitu morfem yang tidak dapat berlaku sendiri. Imbuhan mesti dicantumkan kepada kata dasar terlebih dahulu. Imbuhan terdiri daripada :
      1. Awalan (dicantumkan pada pangkal kata dasar)
      2. Akhiran (dicantumkan pada akhir kata dasar)
      3. Sisipan (disisip selepas konsonan pertama kata dasar)
      4. Apitan (dicantum pada pangkal dan akhir kata dasar serentak)
      Oleh itu, kita dapat melihat persamaan pendapat antara buku Tatabahasa Dewan dengan buku Linguistik Am dalam membentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan iaitu proses menggandingkan imbuhan pada kata dasar walaupun dari segi istilahnya berbeza kerana Nik Safiah menyebut kata terbitan manakala Abdullah Hassan menyebut pengimbuhan. Tetapi hakikatnya, proses yang berlaku adalah sama.

      Bentuk Kata Majmuk / Pemajmukan
      Menurut Tatabahasa Dewan (2010), proses pemajmukan adalah proses yang merangkaikan dua kata dasar a
      tau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna yang khusus. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. Misalnya, kerusi malas ialah kata majmuk kerana tidak dapat disisipkan unsur lain seperti ‘yang’. Sebaliknya pinggan mangkuk
       bukan kata majmuk kerana dapat diselitkan kata hubung ‘dan’. Berdasarkan jenisnya, kata majmuk dibahagikan kepada tiga kelompok iaitu:
      1.  Kata majmuk yang terdiri daripada rangkaikata kata bebas.
      2.  Kata majmuk yang berbentuk istilah khusus.
      3. Kata majmuk yang mendukung maksud kiasan.
      Selain itu, terdapat sebilangan kecil bentuk kata majmuk yang penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh, walaupun bentuk kata tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar. Perkataan yang demikian tetap dieja bercantum sebagai satu perkataan. Contohnya, antarabangsa.

      Di samping itu, terdapat sejumlah perkataan yang bukan kata majmuk yang tergolong dalam golongan kata tertentu yang secara lazimnya dieja bercantum. Contohnya, peribadi, barangkali dan sukacita. Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsure pertama sahaja. Contohnya, alat- alat tulis. Satu kecualian ialah penggandaan yang melibatkan bentuk yang telah mantap. Penggandaannya melibatkan keseluruhan unsur. Contohnya, warganegara- warganegara. Kata majmuk juga boleh menerima imbuhan untuk menghasilkan kata terbitan. Pengimbuhan kata majmuk terdapat dalam dua bentuk iaitu;

      1. Apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan awalan atau akhiran sahaja, ejaannya tetap terpisah. Contohnya, campur aduk  - bercampur aduk.
      2. Apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan apitan, ejaannya menjadi bercantum. Contohnya, satu padu – menyatupadukan.
      Dalam buku Linguistik Am pula, Abdullah Hassan menyebutnya pemajmukan. Kata majmuk ialah binaan perkataan yang lazimnya terdiri daripada dua kata. Setiap kata tersebut boleh terdiri daripada kata akar atau kata terbitan. Kata majmuk yang dihasilkan bertaraf sebagai perkataan. Ini bermakna kata majmuk tersebut mempunyai ciri- ciri kesatuan sebagai satu patah perkataan, mempunyai satu makna seperti satu perkataan dan mempunyai fungsi sebagai satu perkataan.

       
       Apabila kata- kata tersebut bergabung menurut hukum binaan sintaksis bahasa Melayu, iaitu diterangkan mendahului yang menerangkan, maka kita katakan binaan itu mematuhi hukum DM. Kata majmuk demikian dipanggil kata majmuk sintaktik. Contohnya ialah kaji cuaca dan sebar luas. Apabila kata majmuk itu bergabung dengan tidak menurut hukum DM, maka binaan kata majmuk demikian dipanggil kata majmuk bukan sintaktik. Contohnya ialah bumiputera dan mahasiswa. Kata bumi ialah penerang dan putera ialah inti yang diterangkan. Ini bermakna binaan ini menurut hukum MD iaitu yang menerangkan mendahului inti yang diterangkan.


      1. Menurut Abdullah Hassan (2007), kata majmuk ialah binaan morfologi tetapi frasa ialah binaan sintaksis. Tiga ciri yang menunjukkan k
      ata majmuk itu bukan frasa ialah:
      •  Kata majmuk mempunyai makna khas sebagai satu perkataan.
      • Kata majmuk mempunyai siri kesatuan sebagai satu kata.
      • Kata majmuk terdiri daripada satu kumpulan tertutup.
      Penulisan kata majmuk dieja bergantung kepada kebiasaan. Ada yang dieja terpisah  contohnya kereta api. Ada juga kata majmuk yang dieja bergabung contohnya antarabangsa. Pandangan ini adalah sama dengan Nik Safiah kerana di dalam buku Tatabahasa Dewan terdapat 30 kata majmuk yang dieja sebagai satu perkataan. Selain itu, ada juga kata majmuk yang digandakan seluruhnya bagi menunjukkan bilangan yang banyak. Contohnya ialah kakitangan- kakitangan. Kata majmuk juga dipecahkan kepada kata nama majmuk, kata kerja majmuk, kata adjektif majmuk, kata adverba majmuk dan kata tugas majmuk.

      Bentuk Kata Ganda / Penggandaan.
      Mengikut Nik Safiah, proses penggandaan dalam bahasa Melayu ialah proses yang menggandakan kata dasar. Dalam proses ini, kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh, penggandaan separa dan penggandaan berentak iaitu berdasarkan rentak bunyi tertentu. Dalam bahasa Melayu terdapat tiga jenis penggandaan iaitu:

      •  Penggandaan penuh
      • Penggandaan separa
      • Penggandaan berentak
      Penggandaan Penuh.
      Penggandaan penuh ialah proses yang menggandakan keseluruhan kata dasar sama ada kata dasar itu mengandungi imbuhan ataupun tidak.

      1.
      Penggandaan penuh kata tunggal – contohnya ialah ayat- ayat.
      2.
      Penggandaan penuh kata berimbuhan.
      •  Dengan awalan – contohnya ialah ketua- ketua.
      • Dengan akhiran – contohnya ialah ajaran- ajaran.
      • Dengan apitan – contohnya persatuan- persatuan.
      Penggandaan separa.
      Penggandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Kata dasar boleh merupakan kata tunggal ataupun kata terbitan.

      1.
      Penggandaan separa kata tunggal – contohnya ialah sesiku.2. Penggandaan separa kata berimbuhan .

      • Dengan awalan kata kerja- contohnya ialah berlari- lari dan tolong- menolong.
      • Dengan awalan kata adjektif – contohnya ialah sepandai- pandai.
      • Dengan akhiran kata nama – contohnya ialah sayur- sayuran.
      • Dengan akhiran kata kerja – contohnya ialah doa- doakan.
      • Dengan akhiran kata adjektif – contohnya ialah rindu- rinduan.
      • Dengan apitan kata kerja – contohnya ialah bersalam- salaman, mendewa- dewakan, mengulang- ulangi dan dibayang- bayangi.
      • Dengan apitan kata adjektif – contohnya ialah kebodoh- bodohan.
      Penggandaan berentak.
      Penggandaan berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Dalam penggandaan berentak, seluruh kata dasar digandakan dan bunyi- bunyi tertentu diulang atau diubah. Berdasarkan perubahan dan pengulangan bunyi- bunyi demikian, maka penggandaan berentak dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:

      1.  Penggandaan berentak pengulangan vokal.
      2. Penggandaan berentak pengulangan konsonan.
      3. Penggandaan berentak bebas.
      Di dalam buku Linguistik Am (2007), Abdullah Hassan turut menyatakan proses penerbitan kata boleh berlaku melalui penggandaan manakala Nik Safiah menyebutnya sebagai bentuk kata ganda. Walaupun istilah berbeza tetapi ia membawa maksud yang sama. Pada pendapat Abdullah Hassan, penggandaan ialah proses menerbitkan perkataan dengan menggandakan kata dasar. Abdullah Hassan menyenaraikan empat jenis penggandaan menurut cara kata dasar digandakan iaitu:
      1. Gandaan penuh.
      2. Gandaan separa.
      3. Gandaan rentak.
      4. Gandaan bebas.
      Gandaan Penuh.
      Gandaan penuh boleh dilakukan pada kata akar dan kata terbitan daripada golongan kata nama, kata kerja dan kata adjektif.

      1.
       Kata Nama (membawa maksud banyak dan menyerupai). Contohnya:
      • meja- meja ( banyak meja).
      • Orang- orang (banyak orang atau lembaga orang bagi menakutkan burung di sawah)
      2.Kata Kerja (membawa maksud perbuatan dilakukan berulang atau tidak serius). Contohnya:
      •  Makan- makan (makan berterusan)
      • Main- main (main berterusan, tidak serius melakukan sesuatu)
      3.Kata Adjektif ( membawa maksud sifat yang menyeluruh). Contohnya:
      • Putih- putih (putih belaka)
      4. Kata Adverba (menerangkan bila dan jangka masa sesuatu perbuatan atau perihal keadaan berlaku). Contohnya:
      •  Sampai- sampai (sebaik sahaja sampai)
      5.Kata Terbitan (menghasilkan perkataan kompleks). Contohnya:
      • Pemain- pemain (ramai pemain)
       Gandaan Separa.
      Penggandaan separa adalah kelainan bentuk penggandaan penuh yang berlaku kepada kata nama tunggal. Seluruh kata tunggal boleh digandakan atau hanya suku kata pertama digandakan. Bunyi vokal dalam suku kata yang digandakan itu berubah menjadi e pepet. Kata ganda separa membawa maksud yang sama dengan kata ganda penuh. Contohnya:



      1.  Kata Nama – laki   ->laki- laki  = lelaki (jantan, ramai laki- laki)
      2.  Kata Kerja – tulis ->tulis- tulis  =tetulis ( menulis berkali- kali)
      3.   Kata Adjektif – sedap  ->sedap- sedap  =sedap (sedap belaka)
      4. Kata Adverba – laju  -> laju- laju =lelaju (dengan laju)
      Gandaan Rentak.
      Ada beberapa kata nama yang boleh menerima penggandaan rentak sama ada rentak suku kata atau berentak bunyi. Fungsi gramatis penggandaan rentak ialah menunjukkan banyak yang beraneka. Perubahan suku kata atau bunyi vokal memberi tambahan aneka kepada pengertian banyak yang sudah ada pada kata ganda tersebut. Terdapat tiga jenis penggandaan rentak iaitu :

      1. Rentak suku kata awal – bukit =bukit- bukau
      2. Rentak suku kata akhir – lauk =lauk- pauk
      3. Rentak bunyi vokal – suku =suku – sakat
      Gandaan Bebas.
      Bentuk gandaan bebas mengandungi bentuk bebas. Bentuk kata dasar itu ada tetapi gandaannya hanya wujud dalam bentuk penggandaan sahaja. Fungsi gramatisnya juga menunjukkan banyak. Bilangan penggandaan begini tidak banyak. Contohnya  ialah:


      - ipar        ipar- duai (ramai ipar)

                  Rangkap kata berbeza daripada kata ganda. Dalam gandaan, ada kata dasar yang digandakan. Dalam rangkap kata, kedua- dua perkataan itu adalah perkataan lain sama sekali. Sebagai contoh cerdik pandai ialah rangkap kata. Bentuk perkataan pandai bukanlah pengganda kepada cerdik. Sebaliknya pandai ialah pasangan rangkap kepada cerdik. Oleh sebab itu, rangkap kata bukanlah kata bebas.


      Kata Ganda dan Imbuhan.

      Perkataan berganda juga berlaku dengan imbuhan. Bagi kata nama, penggandaan mestilah berlaku di awal, di akhir atau mengapit kata dasar yang digandakan. Kata ganda nama boleh menerima imbuhan ber-, -an, me-…-kan dan di-…-kan. Contohnya:



      1. Dengan awalan- ber + hari- hari=berhari- hari
      2. Dengan akhiran – ber + bunga- bunga=berbunga- bunga.
      3. Dengan apitan – dikepal- kepalkan
      4. Dengan awalan di tengah – rayu- merayu.
      Rumusan
      Kesimpulannya, menurut Nik Safiah Karim (2010), terdapat empat jenis pembentukan kata dalam bahasa Melayu iaitu kata tunggal, kata terbitan , kata majmuk dan kata ganda seperti yang terdapat di dalam buku Tatabahasa Dewan (2010). Manakala menurut Abdullah Hassan (2007),  pula terdapat tiga kaedah untuk menerbitkan perkataan dalam bahasa Melayu iaitu melalui pengimbuhan, penggandaan dan pemajmukan. Ini kerana di dalam buku Linguistik Am (2007), tidak ada cara menerbitkan perkataan melalui kaedah bentuk kata tunggal. Walaupun berbeza dari segi istilah tetapi kaedah pembentukannya adalah sama. 

      Kaedah pembentukan perkataan seperti yang terdapat dalam bahasa Melayu ini berbeza daripada kaedah pembentukan atau mewujudkan perkataan-perkataannya melalui proses perubahan fonem (bunyi bahasa) dalam kata dasar itu sendiri dengan berdasarkan golongan  kata atau kasusnya.  

      Proses pembentukan kata atau menerbitkan perkataan di antara kedua- dua buku ini hampir sama walaupun istilah yang digunakan berbeza. Contohnya, buku Tatabahasa Dewan (2010), menyebut kata terbitan manakala buku Linguistik Am (2007), menyebut perkataan pengimbuhan. Begitu juga dengan kata majmuk yang disebut sebagai pemajmukan manakala kata ganda disebut sebagai penggandaan di dalam buku Linguistik Am. 

                  Selain jenis-jenis perkataan yang telah dinyatakan di atas, terdapat juga bentuk yang dihasilkan melalui proses penyingkatan kata yang menghasilkan kata tunggal jenis akronim. Menurut  Abdullah Hassan, ada tiga proses morfologi yang berlaku dalam bahasa Melayu iaitu pengimbuhan, penggandaan dan pemajmukan.  Proses ini dilakukan kepada bentuk dasar.  Dasar ini akan membentuk imbuhan apabila mengalami proses pemgimbuhan, bentuk yang digabungkan dengan bentuk perkataan lain akan menghasilkan proses pemajmukan. Begitu juga yang terjadi bagi proses penggandaan dan pengakroniman.  Ditegaskan bahawa bentuk dasar boleh terdiri daripada satu kata akar atau kata terbitan.  Kata terbitan ini pula terdiri daripada kata berimbuhan, kata ganda, kata majmuk dan kata akronim.

                  Menurut Abdullah Hassan (2007), pengimbuhan ialah proses membentuk perkataan melalui proses imbuhan.  Ini dilakukan dengan mencantumkan imbuhan kepada kata dasar.  Imbuhan dalam bahasa Melayu mempunyai tiga fungsi iaitu membentuk kata terbitan, mengubah golongan kata dan mencipta perkataan baharu.  Pengimbuhan juga satu proses menerbitkan kata dengan memberikan atau mencantumkan imbuhan dengan kata dasar.  Melalui proses ini, akan terhasil kata terbitan.  Terdapat empat jenis imbuhan atau afiksasi dalam bahasa Melayu iaitu awalan ,akhiran, sisipan dan apitan. Abdullah Hassan menghuraikan pengimbuhan kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata adverba. Manakala Nik Safiah  hanya menghuraikan awalan kata nama, kata kerja dan kata adjektif. Selain itu, Nik Safiah membahagikan bentuk kata terbitan kepada empat iaitu kata terbitan awalan, kata terbitan akhiran, kata terbitan berapitan dan kata terbitan bersisipan. Abdullah Hassan pula membahagikan pengimbuhan kepada tiga sahaja iaitu imbuhan awalan, imbuhan akhiran dan imbuhan apitan.

                  Walau bagaimanapun, dalam proses pembentukan kata melalui kata majmuk atau pemajmukan terdapat perbezaan dari segi huraian. Nik Safiah membahagikan bentuk kata majmuk kepada tiga iaitu kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata, berbentuk istilah khusus dan yang mendukung maksud kiasan. Abdullah Hassan pula menghuraikan proses menerbitkan kata melalui pemajmukan dengan lebih terperinci dan membahagikannya kepada tiga iaitu kata majmuk yang mempunyai makna khusus, dari satu perkataan dan kumpulan kata majmuk tertutup. 

      Untuk pembentukan kata melalui kata ganda atau penggandaan, di dalam buku Tatabahasa Dewan terdapat tiga jenis penggandaan iaitu penggandaan penuh, penggandaan separa dan penggandaan berentak. Manakala, di dalam buku Linguistik Am terdapat empat jenis penggandaan iaitu gandaan penuh, gandaan separa, gandaan rentak dan gandaan bebas. Huraian menerbitkan kata di dalam buku Linguistik Am adalah lebih terperinci.

                  Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa kedua- dua buku ini ada banyak perbezaan  pendapat dan huraian tentang pembentukan kata atau menerbitkan perkataan di dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, terdapat sedikit persamaan dalam sesetengah huraian dan penerangan untuk membentuk kata. Walau bagaimanapun, kedua- dua buku ini amat bermanfaat dan dapat membantu dalam mempelajari  proses pembentukan kata bahasa Melayu. Selain itu, kedua- dua buku ini amat menarik dan boleh dijadikan pegangan dalam mempelajari dan mendalami tatabahasa bahasa Melayu khususnya dalam bidang morfologi.

      Tokoh Negara

                                                                  Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Laungan Merdeka oleh Tunku Abdul Rah...