Label

Sabtu, 22 Julai 2017

Bab 1 Asal Usul Bahasa Melayu


Definisi Istilah Bahasa
  • Bahasa ialah sistem lambing bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam linkungan satu kelompok manusia(antara seorang individu dengan individu yang lain).
  • Bahasa adalah penggunaan kod,iaitu gabungan fonem sehingga membentuk kata dengan aturan sintaksis untuk membentuk kalimat yang memiliki erti/maksud
  • FONEM⇨KATA⇒SINTAKSIS⇒KALIMAT
DEFINISI ISTILAH MELAYU
  1. Bahasa sering dikaitkan dengan salasilah bangsa,Asal-usul orang Melayu,iaitu penutur asli bahasa Melayu amat kabur kerana sejarah kuno Asia Tenggara masih belum diselidiki dengan mendalam.
  2. Walau bagaimanapun,kita dapat mengetahui secara kasar latar belakang dan pergerakan masyarakat Melayu Kuno,iaitu nenek moyang Orang Melayu
HIPOTESIS ASAL USUL BAHASA MELAYU.
  • Orang Melayu berasal dari bahagian Selatan China seperti indo-China,Pantai Timur China Selatan(Champa dan Kampuchea)dan di Burma.Mereka ini telah berhijrah secara berkelompak-kelompak dari selatan China ke Nusantara.
  • MELAYU PROTOKelompok pertama sampai ke Nusantara.⇨Menduduki Nusantara sekitar tahun 2000 SM.
  • MELAYU DEUTROSampai pada tahun 1500 SM.⇨Mempunyai peradaban yang tinggi daripada Melayu Proto.
KAWASAN
orang Melayu memang berasal dari Nusantara.
  1. Berdasarkan bukti geografi.
  2. Bahasa Melayu berasal daripada rumpun Austronesia.
  3. Beliung batu yang dipercayai digunakan oleh semua masyarakat primitive di seluruh dunia.
  4. Kajian arkeologi yang dilakukan terhadap tengkorak manusia mendapati tengkorak manusia di Nusantara lebih tua daripada tengkorak manusia di Asia Tengah manusia di Nusantara lebih tua daripada tengkorak manusia di Asia Tengah
Bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa yang tergolong ke dalam satu

keluarga bahasa besar yang bernama Austris.Disamping rumpun Austronesia,

Terhadap dua rumpun yang lain dalam keluarga ini,iaitu rumpun bahasa Austroasia dan

rumpun bahasa Tibet-China

SALASILAH BAHASA MELAYU
  1. Fulium=5000 Tahun
  2. Keluarga=Kurang daripada 2500 Tahun
  3. Rumpun=2500-5000 Tahun
Bahasa Sekeluarga
Menampakkan penyimpangan daripada segi pembentukan kata,bunyi dan golongan kata.Ia dibahagi kepada subkeluarga atau subkelompok.
Bahasa Melayu Kuno
  • Bahasa Melayu merupakan Bahasa Nusantara
  • Kegemilangan ialah dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Srivijaya,sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran.
  • Penuturnya di semenanjung,kepulauan Riau dan Sumatera.
Ia menjadi Lingua Franca dan sebagai bahasa pentadbiran kerana:
  • Bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar.
  • Tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat.
  • Mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa.
  • Banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit.Bahasa Sanskrit kemudian dikenal
    pasti menyumbang kepada pengayaan kosa dan ciri-ciri keilmuan(kesarjaan)
    Bahasa Melayu.
Bahasa Melayu mudah dipengaruhi Sanskrit kerana:
  • Pengaruha agama Hindu.
  • Bahasa Sanskrit terletak dalam kelas bangsawan,dan dikatakan mempunyai hierarki yang tinggi.
  • Sifat bahasa melayu yang mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan.
Bahasa Melayu kuno pada batu-batu bersurat abad ke-7 yang ditulis dengan huruf Pallava:
  • Batu bersurat di kedukan Bukit,dekat Palembang(683 M)
  • Batu bersurat di Talang Ruwo,dekat Palembang(684 M)
  • Batu bersurat di Kota Kampur,Pulau Bangka (686 M)
  • Batu bersurat di Karang Brahi,Meringin,daerah Hulu Jambi(686 M)
  • Bahasa Melayu Kuno pada batu bersurat di Gandasuli,Jawa tengah(832 M) di tulis dalaM huruf Nagiri.
Ciri-ciri Bahasa Melayu Kuno:
  • Penuh kata-kata Pinjaman Sanskrit.
  • Susunan ayat bersifat Melayu.
  • Bunyi B ialah W dalam melayu kuno(Contoh:Bulan-Wulan)
  • Bunyi e pepet tidak wujud (Contoh:Degan-Dngan atau Dangan)
  • Awalan Ber- ialah Mar- dalam melayu kuno (contoh:Berlepas-marlapas)
  • Awalan Di- ialah Ni- dalam bahasa melayu kuno(contoh:Diperbuat-Niparvuat)
  • Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh,th,ph,dh,kh,h(contoh:Sukhatshitta)
  • Huruf h hilang dalam bahasa moden (contoh:Semuan-Samuha,Saya-Sahaya)
Peralihan Bahasa Melayu Kuno Ke Bahasa Melayu Klasik
  • pengaruh agama islam yang semakin mantap di Asia Tenggara pada abad ke-13.
  • Bahasa Melayu mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata,struktur ayat dan tulisan.
Batu Bersurat Di Pagar Ruyung,Minangkabau(1356):
  1. Ditulis dalam hurud India.
  2. Prosa Melayu Kuno dan beberapa baris sajak Sanskrit.
  3. Bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7
Batu Bersurat Di Minye Tujuh,Acheh(1380):
  1. Masih memakai abjad India.
  2. Terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat Nabi,Allah dan Rahmat.

Batu Bersurat Di Kuala Berang,Terengganu(1303-1387):
  1. Ditulis dalam tulisan Jawi.
  2. .Membuktikan tulisan Arab telah digunakan dalam Bahasa Melayu pada abad itu.
  3. Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan Bahasa Melayu kerana sekepas abad ke-14,muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.
Bahasa Melayu Klasik
Kegemilangan boleh dibahagikan kepada 3 zaman penting:
  1. Zaman Kerajaan Melaka
  2. Zaman kerajaan Acheh.
  3. Zaman kerajaan Johor-Riau.
Tokoh-tokoh penulis yang penting ialah Hamzah Fansuri,Syamsudin Al-Sumaterani,Syeikh Nuruddin Al-Raniri Dan Abdul Rauf Al-Singkel.
Ciri-ciri bahasa klasik:
  • Ayat:panjang,berulang,berbelit-belit.
  • Banyak ayat pasif.
  • Kosa kata klasik:Ratna Mutu Manikam,edan kesmaran(mabuk asmara),sahaya, masyghul(bersedih),
  • Banyak menggunakan kata pangkal ayat:Sebermula,Alkisah,Hatta,Adapun.
  • Menggunakan partikel 'pun' dan 'lah'
Bahasa Melayu Moden
  • Sebelum penjajahan British,bahasa melayu mencapai kedudukan yang tinggi,
    berfungsi sebagai bahasa perantaraan,pentadbiran,kesusasteraan,dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam.
  • Selepas perang dunia kedua,British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan.
  • Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan,perlembagaan persekutuan perkara 152 menetapkan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan.
  • Akta bahasa kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa melayu sebagai bahasa rasmi Laporan Razak 1956 mencadangkan bahasa melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara.
Kesimpulan
  • Secara keseluruhannya,terdapat dua teori penting tentang asal-usul bahasa melayu, iaitu teori yang dipelopori oleh Hendrik Kern dan teori yang dipelopori oleh 4 orang sarjana iaitu James Collins,Nothofer,Robert Blust dan Adelaar.
  • Teori Hendrik Kern-teori ini menghuraikan bahawa orang-orang Melayu berasal dari Semenangjung Tanah Melayu.
  • Teori 4 sarjana-Teori ini menghuraikan tentang migrasi orang-orang Melayu yang dipercayai berasal dari sebelah barat Pulau Borneo.


Tokoh Negara

                                                            Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Laungan Merdeka oleh Tunku Abdul Rah...