- Sintaksis ialah cabang ilmu bahasa yangmengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat.
- Sintaksis bukan sahaja mengkaji prosespembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum yangmenentukan bagaimana perkataan disusundalam ayat.
- Unit pengucapan yang tertinggi dalamsusunan tatabahasa.
- Mengandungi makna atau idea yang lengkap.
- Diucapkan dengan intonasi yang sempurna.
- Pola ayat inti terbahagi kepada empat jenis pola berdasarkan jenis-jenis unsur yang hadir dalam konstituen subjek dan konstituen predikat.
- Konstituen ini boleh terdiri daripada frasa nama,frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama.Pola-pola ayat inti ini adalah gabungan frasa- frasa tersebut.
- Sesuatu ayat mesti mengandungi subjek dan predikat.Dalam struktur dasarnya, ayat terbentuk daripada susunansubjek diikuti oleh predikat.
Ayat → subjek + predikat
Contoh: Siti + membaca buku di dalam biliknya.
Siti - subjek.
Membaca buku di dalam biliknya - predikat - Selain subjek dan predikat, sesuatu ayat mungkin juga mengandungi objek, pelengkap dan keterangan/penerang.Objek ialah unsur yang hadir selepas frasa kerja transitif.Oleh itu, objek ialah sebahagian daripada predikat.
Contoh: Ali + memukul ular itu.
Ali - subjek
Memukul ular itu - predikat
Memukul - frasa kerja transitif
Ular itu - objek - Pelengkap pula ialah unsur yang hadir selepas sesetengahfrasa kerja tak transitif. Oleh itu, pelengkap juga ialahsebahagian daripada predikat.
Contoh: Siti + pergi ke sekolah.
Siti - subjek
Pergi ke sekolah – predikat
Pergi - frasa kerja tak transitif
Ke sekolah - pelengkap - Keterangan boleh hadir dalam pelbagai posisi ayat tetapi iaboleh dibahagikan kepada dua kategori utama, iaituketerangan subjek dan katerangan predikat. Keterangansubjek hadir sebelum/selepas subjek dan membentuksebahagian daripada subjek.
Contoh: Seorang pelajar + dipilih untuk menyertai programitu.
Seorang pelajar - subjek
Seorang - keterangan (bilangan
Jenis-jenis ayat
- Pada umumnya terdapat dua jenis ayat sahaja iaitu ayat dasar dan ayat terbitan.
Ayat yang belum melalui proses transformasi, iaitupenyisipan/penambahan, pengguguran atau pergerakan unsur(perkataan/frasa/klausa). Ia ialah ayat asal yang daripadanyaditerbitkan ayat jenis lain (ayat terbitan).Ada empat pola ayat dasar (berdasarkan susunan subjek + predikat).
- a) FN + FN=Siti + guru.
- b) FN + FAdjektif=Siti + pandai.
- c) FN + FSN (sendi nama)=Siti + di dalam bilik.
- d) FN + FKerjaSiti + tidur.
Ayat terbitan diterbitkan daripada ayat dasar melalui mana-manaproses transformasi. Dari segi bilangan klausa yang terdapat didalamnya, ayat terbitan dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaituayat tunggal dan ayat majmuk. Dari segi tujuan pula, ayatterbitan dapat dibahagikan kepada beberapa jenis. Antaranyaadalah penyata, ayat soal, ayat perintah dan ayat seru.
- Ayat Tunggal
Ayat yang mengandungi satu klausa/ayat sahaja.
Contoh: Siti guru sekolah rendah.
Siti tidur di dalam biliknya - Ayat Majmuk
Ayat yang mengandungi dua atau lebih klausa di dalamnya. Berdasarkanstatus klausayang menganggotainya, ayat majmuk dapat dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu gabungan, pancangan dan campuran.
- Dia pandai menyanyi.
- Dia pandai berlakon.
- Dia pandai menggubah lagu.
- Dia pandai mengarah filem.
- Dia pandai menulis skrip.6. Dia pandai berlawak.
- Ayat yang mengandungi dua ayat yang tidak sama taraf (satu ayat indukdan satulagi ayat kecil / klausa).
- Nota: Ayat induk ialah ayat yang wujud secara bebas (tidak bergantungpada kewujudanayat lain) sementara ayat kecil ialah ayat yang wujud secara terikat(kewujudannyabergantung pada kewujudan ayat induk).
- Dari segi jenis kata hubung yang berfungsi menghubungkan klausa indukdenganklausa kecil di dalamnya, ayat majmuk pancangan dapat dibahagikan kepada duaj enis, iaitu komplemen dan relatif.
- Dia menegaskan bahawa kejayaannya dicapai melalui usaha danpengorbanan.
- Ayat induk : Dia menegaskan ”sesuatu”.
- Ayat kecil : bahawa kejayaannya dicapai melalui usaha danpengorbanan.
- Perhatikan: Kewujudan ayat kecil ”bahawa kejayaannya dicapaimelalui usahadan pengorbanan” adalah terikat dengan kewujudan ayat induk ”dia menegaskan sesuatu”.
- Orang yang meminjam buku itu (ialah) Ali.Ayat induk : Orang meminjam buku itu.Ayat kecil : Orang itu (ialah) Ali
- .Ayat Majmuk Campuran
- Ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat pelbagai jenis.
- Contoh: Ali membaca buku tetapi kawan-kawannya yang keletihan telah tidur nyenyak di dalam bilik masing-masing.Ali membaca buku. – ayat dasar.Kawan-kawannya yang keletihan .... – ayat majmuk pancangan relatif.
Ragam Ayat
1.terdapat empat jenis ragam ayat dalam bahasa Malaysia, iaitu:
(a) Ayat penyata
1.terdapat empat jenis ragam ayat dalam bahasa Malaysia, iaitu:
- Ayat penyatat
- ayat tanya
- ayat perintah
- ayat seruan.
(a) Ayat penyata
- Ayat yang menceritakan sesuatu hal atau memberitahu tentang sesuatuhal.
- Ayat penyata dikenali juga sebagai Ayat Berita atau Ayat Keterangan.Ayat penyata ialah ayat yang menyatakan atau menerang­kan sesuatucerita, benda, kejadian, dan sebagainya.
Contohnya:i. Kakak sedang menyiram bunga.ii. Lembu itu akan dijual.Budak-budak itu bermain di tepi longkang
(B)Ayat tanya
- Ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal.Ayat tanya ialah ayat yang digunakanuntuk menanyakan sesuatu perkara, tempat, benda, manusia,binatang dan sebagainya.
- Ayat tanya terbahagi kepada dua iaitu:-
- Ayat Tanya Dengan Kata Tanya.
- Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya.
- Ayat ini menggunakan kata tanya seperti apa, siapa, berapa, bila,mana, bagaimana, kenapa dan mengapa.
- Diakhiri dengan partikel -kah.Contoh : Siapakah nama bapa kamu ?
- Ayat ini menggunakan kata tanya
- Ayat ini diucapkan dengan meninggikan nada suara pada akhirayat penyata.
- Dalam penulisan, lambang tanda tanya digunakan ( ? )contoh : Kamu belum hantar buku itu ?
- Ayat yang digunakan untuk menyuruh seseorang melakukan sesuatu.Ayat perintah ialah ayat yang menyuruh, melarang,mempersilakan, ataumeminta seseorang melakukan sesuatu.
- Ayat perintah terbahagi kepada. Ayat Suruhan,Ayat Permintaan,Ayat Larangan,Ayat Silaan.
- Ayat ini bertujuan memberi arahan atau perintah.
- Partikel -lah boleh digunakan untuk tujuan melembutkan ayat.Contoh : Hantarlah buku itu sebelum pulang.Turunlah dari sini sekarang juga.Cuci kasut kamu. (suruhan)
- Ayat ini bertujuan memohon pertolongan dan permintaan.
- Ia menggunakan perkataan tolong dan minta pada permulaanayat.Contoh : Tolong bawakan minuman ini ke dapur.Minta hadirin semua bergerak ke ilik jamuan.Tolong jemurkan pakaian itu. (permintaan)
- Ayat ini bertujuan melarang melakukan sesuatu .
- Ia menggunakan kata silaan seperti usah, tak usah dan jangan.
- Partikel -lah boleh digunakan untuk melembutkan ayat.Contoh : Jangan minum air itu.Usahlah menangis lagi.Jangan petik bungs itu.(Larangan)
- Ayat ini bertujuan mempersilakan atau menjemput seseorang.
- Ia menggunkan kata silaan seperti sila dan jemput padapermulaan ayat.
- Partikel -lah boleh digunakan.Contoh : Sila bawa sejadah bila ke surau.Jemputlah menikmatiDatanglah ke rumah saya. (silaan)
- Ayat seruan diucapkan untuk melahirkan perasaan seperti takut,marah, hairan, dan terkejut, sakit, hairan dan sebagainya.Ayat seruan diakhiri dengan tanda seru ( !)
- Tanda seru biasanya terletak diakhir ayat.
- Ayat seru dimulai oleh kata seru seperti Oh, Cis, Wah, Amboi dansebagainya.Contohnya:i. Amboi, cantiknya baju kamu!ii. Aduh, sakitnya perut aku!Oh, dia sudah pergi ke sekolah !
Proses Penerbitan Ayat
Terdapat tiga proses penerbitan ayat, iaitu penambahan/penyisipan,pengguguran dan penyusunan semula/pemindahan unsur. Dalambahagian ini akan dibincangkan proses yang dapat menerbitkan ayatyang posisi pangkalnya tidak diisi oleh frasa nama. Dengan kata lain,ayat yang tidak bermula dengan frasa nama. Hal ini perlu dijelaskankerana ada orang berpandangan bahawa sesetengah jenisperkataan/frasa, misalnya kata tunjuk dan frasa sendi nama, tidakboleh mengisi posisi ini.
Pc 809-Baba-Baba-Baba-Baba-Baba-Baba-Baba-Baba-Baba
BalasPadamShop the edge titanium products titanium necklace mens of titanium pots and pans Pc black titanium wedding bands 809-Baba-Baba-Baba-Baba-Baba-Baba-Baba-Baba-Baba-Baba-Baba-Baba-Baba-Baba-Baba-Baba-Baba-Baba-Baba-Baba-Baba-Baba-Baba-Baba-Baba-Baba-Baba-Baba-Baba- where is titanium found