Label

Isnin, 11 September 2017

Bab 11:Bentuk Ayat

Apabila berbincang tentang ayat, kita juga membicarakan aspek susunannya. Susunan ayat merujuk proses perubahan struktur binaan subjek dan predikat dalam sesuatu ayat. Dari segi bentuk susunan, ayat dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu bentuk susunan biasa dan susunan songsangSusunan biasa bermaksud binaan ayat yang mempertahankan pola ayat dasar, iaitu unsur frasa subjek didahului frasa predikat.

Subjek + Predikat

1. Ali + guru sementara di sekolah itu.
2. Adik bongsuku + sedang tidur di serambi rumah.
3. Pegawai kanan pejabat itu + amat rajin dan cekap pula.
4. Rumah kediamannya + di Kampung Baru dalam Wilayah Persekutuan.  

Dalam contoh ayat 1-4 di atas, misalnya, walaupun ayat tersebut merupakan ayat terbitan yang bentuknya agak panjang atau kompleks, namun dari segi susunannya, ayat-ayat tersebut tetap tergolong ke dalam susunan biasa. Hanya apabila susunan frasa subjek mendahului frasa predikat itu diubah sehingga predikat pula mendahului subjek, barulah terbentuk ayat yang bersusunan songsang, seperti contoh yang berikut :

Predikat + Subjek
5. Guru sementara di sekolah itu + Ali.
6. Sedang tidur di serambi rumah + adik bongsuku.
7. Amat rajin dan cekap pula + pegawai kanan pejabat itu.
8. Di Kampung Baru dalam Wilayah Persekutuan + rumah kediamannya.  

Contoh-contoh lain :
Susunan Biasa (Subjek diikuti Predikat)
1. Kamu ke sana bila?
2. Budak itu menangis.
3. Hadiah itu untuk ibu saya.
4. Dia tertidur pada masa itu.
5. Bapa saya sedang memancing.
6. Anaknya sudah pulang ke rumah.
7. Buku itu belum dibaca oleh Rafik. 
8. Gadis kampung seberang itu anak siapa?
9. Dia ke rumah Puan Salmah petang semalam.
10. Bunga pemberian gadis itu memang wangi.

Susunan Songsang (Predikat diikuti Subjek)

1. Bila kamu ke sana?
2. Menangis budak itu.
3. Untuk ibu saya hadiah itu.
4. Tertidur dia pada masa itu.
5. Sedang memancing bapa saya.
6. Sudah pulang anaknya ke rumah.
7. Belum dibaca oleh Rafik buku itu.
8. Anak siapakah gadis kampung seberang itu?
9. Ke rumah Puan Salmah dia petang semalam.
10. Memang wangi bunga pemberian gadis itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Tokoh Negara

                                                            Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Laungan Merdeka oleh Tunku Abdul Rah...